kisah anak rantau

By: suhaili jamaluddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Jun-2010 17:42 Email | Share | Bookmark
PRODUCTION DAY - A SEA ADVENTURE

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah sempat juga nak masukkan gambar Production day along baru2 ni(Rabu 26/5/2010).Maksu kat kampung dah banyak kali tanya nak tengok gambar along.Persembahan mula pukul 5 petang tapi pukul 4 mama dah pergi dengan acik Diana hantar Along untuk bersiap siap.Abah pergi lewat sikit sebab pukul 4 petang baru balik kerja...tapi sempat masa along buat persembahan abah dah datang cuma takde seat lah..terpaksa abah berdiri.Seronok tengok gelagat bebudak ni..along ngan geng2 kelas dia (CUBS) jadi pirate..diorang mula2 sekali buat persembahan.Yang tak tahannya masuk je pentas mata masing2 melilau cara mak ayah.Tengah buat persembahan boleh dengar bebudak ni sebut..'tu mak awak la..mak saya pun ada..daddy..'.ada yang siap tunjuk2 ngan tangan pulak tu .Kelas along ni ramai budak malaysia.Untuk production tahun ni temanya A SEA ADVENTURE.Diorang ada 5 kelas..CUBS (kls along) nyanyi lagu we are pirates..Puppies '10 little fishes'..Lambs 'The Turtles Went Swimming'..Kittens 'Sinking Sailor'..Ladybirds '5 Little Starfish' pastu ramai2 nyanyi lagu 'The Day I Went To Sea' .Syok tengok gelagat bebudak ni..mak ayah pun best..sepanjang buat persembahan sentiasa bagi moral support dengan sama2 tepuk tangan.Kat bawah ni adalah sikit gambar production Day along....layannnnn.Oh ya..kalau sesape perasan su jarang masukkan resepi sekarang..masakan su banyak masukkan di blog ..saja nak asingkan.



Sebelum buat persembahan..teacher ada bagi penerangan sikit2



Ni masa dah habis persembahan.Along(yg ada penutup mata tu..dia kata "along jadi kapten" )Gambar along ngan cikgu kelas dia..Mrs Allcock


Kelas lain buat persembahan..along duduk tepi tapi diorang nyanyi sama2 ngan budak yg buat persembahan



Kelas along sedang buat persembahan..bersungguh sungguh nyanyi











Gelagat budak2 buat persembahan..ada banyak lagi gambar..inipun cukuplah kan .Gambar blurr sikit sebab lampu dalam dewan ditutup..cuma lampu kat pentas je.Flash camera terkena cahaya lampu pentas..habislah gambar.Persembahan diorang diiringi muzik live oleh guru muzik.



Apalah yg teacher tengah cakap tu..


Masa ni dah nak balik.Muka pirate keletihan


Adam pun nak enterprem..gambar kat lobi sekolah masa along tengah tukar baju pirate kepada baju biasa.Nasib baik si kecik ni tak nangis..suka dia tengok persembahan kat pentas...

Ok maksu..tok..tokwan...puas hati ke dapat tengok gambar Along.Nanti kak masukkan lagi...rinduuuuu kampungggg....mmmuuuuahhhhhhh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net