Want your
own Fotopage?





















 
kisah anak rantau

By: suhaili jamaluddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Oct-2009 12:49 Email | Share | Bookmark
Balik Malaysia (18/9-14/10/2O09)-langkawi part I....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Su sekeluarga naik flight dari sabah ke kuala lumpur pada 01 oktober.Su sekeluarga sampai dekat2 pukul 12 tengah hari..rehat2 kejap pastu sambung pula naik flight ke Pulau Langkawi pada pukul 2 petang.Su bercuti kat langkawi dari 1 oktober sehingga 5 oktober.Sampai je kat airport Langkawi tu..terus kitorang pergi kat kaunter kereta sewa.Mula2 untuk wira dia letak harga RM80 sehari..tapi last2 dia bagi diskaun RM60 je.So kitorang kena bayar RM 240.Dapat je kunci terus kitorang bertolak pergi ke hotel..bukan apa dalam kepala ni fikir nak tidur dan berehat je.Letih sangat2 rasanya badan..anak2 pun lembik semacam je(mana taknya..dalam flight duduk seat paling belakang).Abang dah booking hotel awal2 lagi..jadi takdelah kelam kabut sangat.Kitorang menginap di hotel grandcontinental jer(lupa pulak nak ambil gambar hotel).Sampai je kat bilik hotel terus kitorang membuta... perut dah kenyang sebab makan masa dalam flight tadi.So aktiviti untuk hari pertama hanyalah tidur pastu malamnya pergi cari makanan.Kat bawah ni pemandangan yang su ambil dari dalam bilik hotel.Sorrylah kalau kabur sebab masani su guna handphone jerrr...





Ni pemandangan kat belakang hotel.Masa ni dah nak maghrib pastu su zoom guna handphone je untuk ambil gambar.Kalau malam meriah je nampak sebab dapat lihat banyak lampu dari kapal2


Ni pula pemandangan dari tepi hotel.Bangunan Langkawi parade.Tempat su tinggal ni strategik.tengah2 bandar kuah pastu kedai makan..cenderamata..bebas cukai banyak berdekatan hotel.


Sepanjang bercuti balik Malaysia ni..adam rapat betul dengan abang.Tidur mesti cari abah..nak susu baru dia pusing ke arah su.





Masa di Sabah adam kena demam selesema.Mujur dia tak meragam..aktif semacam juga.Nak tau kenapa abang ketawa dalam gambar tu..adam masa abah dia bagi ubat..mula2 dia rasa sikit dulu pastu terus dia rapatkan gusi atas dan bawah.Puas abah cuba buka..lagi kita cuba buka lagilah dia rapatkan gusi tu..ish..ish..ish..tak padan dengan kecik.Punyalah susah nak bagi ubat.Lain pulak dengan along masa kecil dulu pernah su tak perasan dia pergi habiskan setengah botol ubat.Nasib baik takde apa2 dan sejak haritu su tak pernah letak ubat tempat rendah lagi.

Oleh sebab banyak sangat gambar(gambar model 2 orang tu jerrr ) so su masukkan cerita tentang percutian ke Langkawi ni dalam banyak part sikit.Part I mengenai Taman buaya.Setau su ini Taman buaya terbesar di Malaysia.Ikutkan hati su malas nak masuk sebab su ni 3 binatang su paling geli dan takut..katak,ular dan buaya.Tapi sebab tengok abang dengan along macam teruja dan seronok sangat..su kuatkan jugalah semangat yang dah sedia lemah ni
.



Muka penat sebenarnya ni sebab sebelum ke Taman Buaya kitorang dah meronda kat tempat lain.Cuaca panas nyelah kat Langkawi ni..badan sampai belengas rasa.Adam terlupa bawa topi so kitorang belasah je bagi pakai bandana.Macam budak besarkan???padahal baru 6 bulan(masa gambar ni baru 5 bulan)Along pun dah muka toya semcam jerrr.


Atas jambatan masa ni..buaya punyalah banyak dan besar2 kat bawah kitorang.Berdebar dada su..dalam hati dok terpikir kalaulah jambatan ni runtuh..aruah kitorang.Tambah pulak kalau su yang debab ni..mau kenyang sebulan buaya tu .




Budak tembam yang cukup pandai bergaya kalau nampak kamera.Ini baru kecik..kalau besar nanti tak taulah..


Along jeles sebab asyik ambil gambar adik je..diapun nak enterprem juga


Inilah jambatan yang su cakap...bawah penuh buaya.


Aksi gedik dari adam .Masa ni su punyalah membebel..mana taknya risau takut anak terjatuh kat bawah.Abang lagi su bebel lagilah dia letak anak kat tepi pagar tu.Along masa ni kat hujung sikit sebab tengah tengok ni ha...



Orang bagi makan kat buaya.Berani betul budak ni.Dia panggil buaya tu guna wisel je.Dia tiup je wisel terus buaya tu naik ke darat pergi kearah dia.Berdebar dada su tengok...


Tak lama lepas bagi makan buaya ada pula demonstrasi diorang main2 dengan buaya.Sementara menuggu tu kitorang berehat jap..pastu nampaklah buaya yang takleh bergerak ni .Macam biasa adam jadi model sebab along awal2 dah menangis taknak dekat walaupun buaya tipu.Tadi atas jambatan berlagak berani bukan main dia...Adam ni pun muka cuak juga tu..ala2 nak nangis juga.


Ni kat depan tempat pertunjukan.pertunjukan dah nak bermula.


Inilah hero untuk pertunjukan kali ini.Umur buaya ni dah 33 tahun.









Antara aksi2 pada pertunjukan.Ramai yang tengok orang arab dengan mat salleh.Oklah habis dulu part I..sambung pulak nanti...tima kasih sebab sudi menjengah fp su yang tak seberapa ni..sekadar mencoret kenangan sekeluarga...


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.