Want your
own Fotopage?





















 
kisah anak rantau

By: suhaili jamaluddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Oct-2009 04:09 Email | Share | Bookmark
Balik Malaysia (18/9-14/10/2O09)-Sabah....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tu dia sekali masuk entry.. berderet deret gambar.Bukan apa..raya pun dah habis..takut basi pulak gambar2 ni.Kali ni su nak sambung cerita pasal balik kampung baru2 ni.Kali ni cerita yang berlaku di kampung abang pula...negeri dibawah bayu sabah.Jauhkan jodoh kitorang pahang bertemu sabah.Kitorang sampai sabah raya ke 4 ..sempat lah juga pergi beraya rumah sedara mara.Kali ni kitorang balik sabah seminggu je..jadi masa memang terhad giler.Oh ya..masa pergi beraya rumah mentua adik ipar di Bongawan su ternampaklah satu buah ni..sekali tengok macam cempedak..dua kali tengok bukan cempedak,Masa su ternampak tu diorang jual kat tepi jalan tapi tak beli lah pulak sebab hujan jadi abang malas nak berenti beli.Esoknya abang keluar ngan ayah mentua...pastu balik rumah terus abang tunjuk kat su buah yang su terlihat semalam.Rupa2nya abang pergi cari juga buah yang su nampak pastu cakap teringin nak makan(macam mengidam la pulak )Mungkin sesetengah orang dah biasa kot dengan buah ni.Tapi su first time jumpa buah ni.Nama buah ni buah terap.Nilah rupanya buah terap...



Sekali tengok memang macam buah cempedak kan...buah ni bulat sikit dari cempedak pastu kecil je.Yang paling berbeza kulit luar dia macam karpet.Kena hati2 sikit sebab kulit dia nipis sangat nanti mudah pecah (saja je nak enterprem gambar orang yang bersusah payah cari juga buah terap untuk bini tersayang).Ni gambar dekat sikit..........


kulit luar dia kalau pegang...macam penyapu pun ada .yang ni pulak gambar isi kat dalam...


Senang je nak buka..main tarik dengan tangan je kulit dia sebab kulit nipis tapi isi dia..banyak bukan main.Rupa isi dia macam cempedak tapi rasa lain..manis sangat pastu lembik..Biji dia kecil je(macam kacang almond)Mak mentua su cakap biji dia boleh goreng..sedap tapi aritu tak sempat goreng sebab hilang entah kemana biji buah sebab masing2 makan pastu campak je biji tu.Nak goreng buat cucur pun boleh tapi kalau su..takyahla.Makan macamtu pun sodapppp..manis sangat.Panjang pulak citer pasal buah ni kannnn..kita citer lain pulak...citer kali ni pun pasal permintaan su juga.Mengada ngada betul su nikan .Nasib baik suami jenis melayan juga...Kali ni abang bawa kitorang pergi kaki gunung kinabalu....


Abang sedang memandu untuk ke kaki gunung kinabalu.Dari kota kinabalu hampir2 4 jam juga.Nak pergi gunung kinabalu ni kita akan jumpa jambatan yang cukup glamour..siap ada lagu lagi iaitu jambatan Tamparuli.Tapi su tak sempat ambil gambar jambatan tu sebab kamera su terlupa pergi letak dalam beg pastu beg pula abang letak kat bonet.tapi perjalanan memang memenatkan sikit sebab jalan yang banyak belok2..lagi teruk dari pergi cameron highland.


Along lembik terus sebab banyak kali muntah padahal selama ni along mana pernah muntah kalau naik kereta.Kesian anak mama..su pun nasib baik dudk depan.Kalau duduk belakang..sah su pun muntah juga.


Adam pulak bagus sikit..masuk keta je terus tidur..berenti keta je dia bangun.Tu sebab pergi mana2 dia jer yang paling aktif.Yang tak tahan orang yang mendukungnyalah..sakit pinggang dengan lenguh tangan.





Kitorang konon2 nak pergi tengok bunga(paling banyak orkid la) so singgahla kat Botanical garden ni.Ni dekat area taman kinabalu.Sejuknyelah kat sini..air paip kat toilet macam ais sejuknya.


Mula2 sampai macam teruja sangat nak masuk kat botanical garden ni tambah2 pulak kat tepi pintu masuk dia saja dah penuh bunga2.Terutamanya bunga kat atas ni.Tapi ada yang sedihnya...sampai je kat pintu masuk orang yang jaga kat kaunter nasihatkan takyah masuk sebab bunga tak berapa ada.Mungkin bukan time dia kot.So tak jadilah kitorang masuk....lain kalilah la pulak kot



walaupun tak masuk tapi sempatlah along ngan kakek(panggilan untuk datuk bagi orang sabah) bergambar kat atas jambatan nak ke kaunter masuk tu.Sungai dia bersih..tengok air dia macam geram je nak terjun mandi....





Seterusnya kitorang berangkat pergi hotspring.Su dah lama nak pergi tempat ni..memang nak mandi puas2.Last2 ari kitorang pergi su kena period(pertama kali selepas bersalin) kecewanyalah su...


Jauh juga dari pintu masuk nak ke kolam air panas..bergilir gilir juga dukung si adam ni.Kalau mama sorang..mau patah pinggang







Bunga ni cukup banyak ditanam sepanjang perjalanan ke kolam air panas.Adam mula2 dukung tidur jap(kumpul tenaga la tu) dah nak sampai dia bangun.Tengok tu muka orang baru bangun tidur.Bersemangat semacam je...


Yang ini tak boleh mandi sebab terlalu panas..nampak wap air mendidih.Kita duduk tepi pun dah terasa panas.Yang boleh mandi diaorang buat kolam2 kecil pastu pasang pili.Masa sampai ramai orang..tapi ada jualah kosong untuk kitorang mandi.


Alahai sopannya anak teruna ni..along taknak mandi sebab dia dah masuk kolam renang biasa sebelum ke kolam air panas ni..ni along tengah usha abah dengan adam.adam????????????

Sorrylah sebab gambar2 kat bawah ni 18sx sikit.Saperr tak cukup umur takyah tengok




Adam masa ni macam takut2 je tengok air(dia ni pantang air sejuk..menangis kalau kena)Ni mula2 jelah...







Kan dah cakap mula2 je..pastu berendam tak ingat dunia.Sampai kecut2 badan tu.Last2 kena paksa suruh keluar dari kolam.





[size=18]Ini gambar kolam renang air biasa yang kitorang singgah kejap sebelum kke kolam air panas.Tak jauh pun jaraknya....



Dalam perjalanan nak ke hotspring su ternampaklah pokok ni ditanam kat tepi2 jalan.Kat semenanjung su tak orang panggil apa tapi kat sabah orang buat ketupat.Kita kat semenanjung buat ketupat guna daun palas tapi kat sabah diaorang guna ni.Sebab tu diorang tak panggil ketupat tapi kelupis.Bagi su rasa sama je tapi ketupat palas tahan lama tapi yang kat sabah ni arini buat petang esoknya dah tak berapa elok sebab daun ni megeluarkan getah..pulut akan jadi macam melekit kalau simpan lama.Cara balutnya sama macam kita buat lepat pisang.[/size]





Yang kat belakang kitorang tu adalah gunung kinabalu...oleh sebab kitorang sampai agak awal..gunung tu masih dilitupi kabus.Jadi yang kemuncaknya tak nampak.Masa dalam perjalanan balik baru nampak puncak gunung tapi sebab letih sangat tak berdaya dah nak ambil gambar.Masa perjalan balik abang ngan mak ayah dia sempatlah membelasah durian yang banyak dijual tepi jalan.Su duduk dalam keta je sebab adam tengah tido..lagipun tak larat sangat dah nak keluar dari kereta..oklah nanti sambung pulak kitorang bercuti ke Langkawi........

>>salam.. wah22 dapat mertua orang sabah yerk??camner raya kat sabah meriah tak?? akak memang menyimpan impian yang satuni nak pergi lagi ke gunung kinabalu kalau larat lagiler ngan anak22 lak.. mun idak dapat duk kat kaki gunungtu pun okler... best memang best.. sayur2 dia masak sedap sangat.. teringat2 kesejukan dia walaupn kat kaki gunung.. seronoknyer bercuti22jer ni.. Fri 23-Oct-2009 03:17
Posted by:cho zila  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.