Dapat juga arini nak mengupdate citer2 yang terperap sepanjang kitorang balik kampung.Sekejap je rasa sebulan..tup tup dah ada kat qatar semula.Tak puas betul balik malaysia..rasanya balik kalini adalah cuti paling sibuk yang kitorang lalui.Takde masa kosong langsung..ada je aktiviti sampaikan tukar pasport adam kitorang buat last minute.Selasa balik... hari isninnya kitorang baru pergi imigresen kat kuantan untuk urusan tukar pasport adam.Oleh sebab banyak sangat citer dan gambar..so su buatlah entry balik kampung ni dalam banyak part(macam citer bersiri la pulak )
Gambar orang tengah semangat nak balik kampung.ni kat airport qatar..oleh sebab masa menunggu tu lama sangat..su sempat tapau sandwich..nugget ngan kek.Boleh juga kunyah2 masa kat airport.
Kesian anak mama..letih campur ngantuk.Nilah pengalaman pertama adam naik kapal terbang.Nasib baik dia ok..tak mengamuk dan tak buat hal.Tapi yang tak tahannya orang lain tido tapi dia taknak..asyik nak berdiri je..adoiii letih mama.Macam nak tercabut tangan
Dapat juga kitorang sedondon walaupun last minute.sampai kat kampung su(felda sebertak..pahang)malam jumaat.Esoknya walaupun masih mamai mamai lagi su ngan abang menggagahkan juga diri pergi temerloh sebab baju raya takde lagi.kitorang tak kisah sangat tapi yang penting anak2.Pergi temerlohpun sebab nak cari baju melayu je sebab baju raya yang biasa untuk anak2 kitorang dah beli kat qatar.Sampai2 je temerloh mula2 yang dituju mestilah bank..nak beli dengan apa sebab duit malaysia takde..(kitorang transfer masuk akaun maybank je).Puas juga merayau kat kedai2 baju..banyak yang tak berapa nak berkenan..kalau yang berkenan takde warna yang sedondon pulak untuk along ngan adam.Last2 kitorang pergi bazar ramadan kat stesen bas lama.Diorang tengah sale gila2 sebab esoknya dah raya.Sedap2 membeli balik rumah kira2 habis juga dalam RM1000.Mana taknya baju abang,along,adam.ayah su,anak sedara(anak aruah abang yang sulung),baju kurung su...pastu su belikan kasut untuk semua adik beradik ngan mak .Masa beli kasut siap tokey kedai tu cakap 'duit keras2 lagi ni..baru bawa keluar bank ke?'..elleh tokey ni..dah gaharu cendana pula..dah tau buat2 tanya pulak..sekeh kang baru dia tau.
Tahun pertama adam beraya.Nasib baik muat baju melayu ngan songkok tu..
mata bulat bukan main.Masa dalam kapal terbang pramugari suka usha dia sebab geram kat mata bulat adam.Balik kampung adam dah teror merempit..fuhhh gembira giler dia dapat merempit dalam walker sepupu dia.
Along dengan anak2 aruah abang.beraya sakan dia kali ni.Dari pagi..dah nak maghrib baru nampak muka.Raya kedua pun macam tu..habis satu felda dia merayap...
Yang baju melayu tu adik ipar su(kitorang sebaya je umur)Anak dia dah nak masuk 3..kalah kitorang .Yang baju coklat tu anak sulung aruah abang...nilah baby sitter adam.Rajin betul dia dukung si adam.Selain tu dia ni juga rajin bebenor jadi driver along.Jap2 lesap je along ngan dia naik motor.Gambar ni kat umah jiran.
Fuhh glamour baju raya mak kali ni...nilah bondaku yang tersayang.Kusyen kat belakang tu punyalah tahan..kategori antik dah tu..mak beli masa aruah abang kecil lagi.Kusyen tu umur dia dah dekat 36 tahun.Nak buang sayang sangat sebab banyak kenangan..
Abah(kat tengah) yang dah makin sihat.Dia dah boleh jalan pakai tongkat sikit2.Senang hati su tengok..takdelah susah hati sangat masa nak tinggalkan malaysia.yang kat tepi abah tu..anak2 jiran.Diorang ni tetamu pertama..balik raya je terus datang.Ramai betul yang datang beraya tahun ni..tak menang tangan rasanya.tapi banyak yang tak dapat ambil gambar sebab sibuk kat dapur.Sempat lah juga su jumpa kawan2 lama..Norhareza(kaklong) nak bertunang tak lama lagi.Pesanan buat teman sepermainan dari kecil ni..Jangan takut nak kahwin...biasalah adat rumahtanggan kadang2 goyang jap..apa2 pun tahniah sebab terbuka juga hati kaklong nak kahwin .Sorang lagi kawan su..sedih sikit kisahnya.Diani nurse kawin dengan pilihan keluarga.Ala2 kahwin paksa...takdan berapa bulan berpisah sebab suami dia anak mak..semua urusan rumahtangga mak dia nak campur.Dia kawin sama tahun dengan su tapi tahun lepas kes cerai dia baru settle...5 tahun dia digantung tak bertali(kenapalah mahkamah lambat sangat selesai kes2 camni..kesian orang pompuan).Tapi kawan su ni tabah orangnya(nasib baik takde anak) dalam tempoh digantung tak bertali ni dia sambung ambil ijazah..dah dapatpun ijazah.Takpe..Has..ramai lagi lelaki kat dunia..hang cun,,takde masalah punya..gaji pun dah mahalkan .
Ni pulak pokok duku langsat yang betul2 abah tanam kat tepi rumah.Pokok ni sama umur dengan su.Abah biasanya akan tanam satu pokok apabila anak2 dia lahir.Maknanya pokok ni dah berumur 28 tahun..masih lebat lagi buahnya.Sempatlah su membelasah buah2nya.Manis je....
Yang kat bawah ni saja je nak enterprem pokok2 yang mak su tanam.Mak ni minah bunga..samalah ngan abah.Kalau su minta maaflah..kurang minat sikit bunga2 ni..