Lama betul tak update..bukannya apa,kebelakangan ni sibuk sikit dengan anak.Baru2 ni pun mula2 adam tak sihat pastu along..macam biasa mesti mama pun kena gak.Hari ni adik ngan mama dah ok tapi along masih demam selesema lagi.Macam biasalah budak demam ni memang manja sikit.Malam tadi pun merengek rengek nak tido dengan mama..ish..ish ..budak ni.Inilah ayat along "mama..badan along panas pastu bilik along pun panas.Aircond tak sejukpun.along tido ngan mama yee..abah tido luar"mama pun rasalah badan..tak panaspun..masuk bilik..aircond sejuk je..budak ni...lepas pujuk2 baru dia nak tido.tapi pagi2 lepas abah pergi keje je terus senyap2 masuk bilik mama tido tepi adik.Along..along..Kat bawah ni kuih biasa2 je yang su masak.Kuih lapis tu resepi sama je..mula2 su buat kuih lapis pandan..beberapa hari lepas tu along merengek nak lagi(peberet dia) tapi nak yang ada merah(minat betul ngan warna merah)..macam biasa mama walaupun tak berapa sihat ikut jelah permintaan anak sebab along ni suka makan kuih.
Quote:
KUIH LAPIS PANDAN(sumber kak ummi kuantan)
Bahan:- (Loyang bulat 8inci)
(Bahan A)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula(su isi 1 cawan sebab gula sini kurang manis)
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau
Cara Penyediaan:-
1.Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
3.Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4.Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
5.Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
6.Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
7.Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, Ummi balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lebih lama sedikit).
8.Sejukkan dan bolehlah dipotong
Masa su tengah mengemas dalam peti ais ternampaklah puff pastry yang dah tinggal 4 keping je.Tengok masih elok lagi...pikirlah juga nak buat apa.Last2 teringat su pernah terlihat resepi buat tart menggunakan puff pastry ni.Tapi lupalah pulak su 'terlihat' kat mana.Last2 hentam jelah isi filling guna bahan yang ada kat umah ni (su pun ingat2 lupa cara buat filling..almaklumlah jarang buat)Tapi alhamdullillah rasanya tetap best..licin dikerjakan along(abah kurang suka kuih2 camni)
Quote:
TART(guna puff pastri)
1.Cucuk permukaan puff pastry dengan garpu(kalau puff tu besar boleh potong)
2.Masukkan puff pastry ke dalam tin muffin.
3.Isikan filling ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh. Bakar lebih kurang dalam 20 minit(ikut oven masing2 lah yee). Biar sejuk jap tin muffin pastu baru dikeluarkan.
FILLING :
1 cawan fresh milk/susu cair
3 biji telur
1 cawan gula
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning
-pukul semua sebati pastu tapis
Quote:
CEK MEK MOLEK
Bahan-bahan
1 biji keledek(sederhana besar)
tepung gandum secukupnya
gula
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1.Gaulkan keledek dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
2.Bahagikan kepada beberapa bahagian doh kecil(ikut sukalah nak besar mana )
3.Leperkan doh kecil tadi pastu masukkan 1 sudu kecil gula.Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
4.Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang
Yang kat bawah ni takyah resepilah.Senang dan semua orang dah tau.Pulut tu su buat cara orang malas..kukus dalam microwave je.su letak dalam microwave lebih kurang 20 minit tapi setiap 5 minit stop jap..kacau.
Dikesempatan ni su nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua...ye..ye..ye..tak lama lagi balik kampungggg...yahuuuu