Hidup ni kadang2 kalau asyik berlaku perkara yang sama sahaja setiap hari pasti membosankan.Tapi kadang2 yang membosankan itulah yang terpaksa dilalui kerana tiada pilihan yang boleh dibuat.Mujurlah dalam kebosanan wujud keceriaan dengan keletah dan tawa riang anak2 tersayang..bermadah la pulak.Luahan hati????mungkin juga kot... .oklah takyah cerita panjang..kali ni entry pasal nasi tomato.Dah selalu buat sebenarnya tapi kali ni ringkas je su masak sebab macam yang su bagitau dalam entry sebelum ni..adam meragam sikit.Adalah tu apa2 akal dia dapat nanti...adam pun dah 3 bulan lebih....
Quote:
NASI TOMATO
Bahan-bahan:
2 cawan beras- basuh pastu toskan.
2 biji bawang merah-dimesin
2 biji bawang putih - dimesin
sedikit minyak sapi/butter
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
kulit kayu manis
Air secukupnya
3/4 cwn sos tomato
1 biji tomato - potong dadu halus
susu cair
Garam
Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi/butter dalam periuk nasi di atas api. Tumis bwg merah dan putih. Masukkan
segala rempah dan tumis hingga wangi. masukkan tomato didadu.
2. Pastu masukkan beras dan gaul rata. masukkan air secukupnya utk memasak nasi.masukkan garam, susu cair dan sos tomato
3. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.(kalau nak 'kick' sikit masukkan daun pandan)
Quote:
AYAM MASAK KURMA
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam(potong ikut suka)
kisar:
1/2 biji bawang besar/3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
3 biji cili api/1 biji cili merah(utk yg tak tahan pedas)
1 inci halia
kayu manis
kuntum bunga cengkih
buah pelaga
bunga lawang
2 sudu besar serbuk rempah kurma, dibancuh dgn air
1 btg serai, dititik
Sekeping asam keping
1 biji kentang(potong 4)
1 biji bawang besar( dibelah 4)
cili hijau/merah( dibelah x putus)
santan(su guna serbuk santan)
Minyak utk menumis
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Cara-cara:
1. Mula2 panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar,rempah 4 beradik tu dan serai hingga naik bau.
2. Pastu dah wangi sikit masukkan rempah kurma dan tambah air sikit(rempah biar masak lama sikit baru sedap).
3. Masukkan ayam kacau2 kejap pastu masukkan pulak santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan pula kentang dan masak sehingga kentang lembut.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam gula dan ajinomoto.
5. Last masukkan bawang besar dan cili merah/hijau yg telah dibelah. Kacau kejap pastu boleh makan.
*kalau nak pekatkan kuah ambil 1 sudu besar kelapa parut masukkan dalam blender dengan sedikit air.blend sampai halus pastu masukkan sekali masa masuk rempah.Su tak masukkan sebab masak kurma macam mamak sikit...taknak bersantan sangat.