Want your
own Fotopage?





















 
kisah anak rantau

By: suhaili jamaluddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 23-Jul-2009 16:31 Email | Share | Bookmark
Along sakit..KFC..dORAYAKI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dah malam2 barulah boleh nak update..siang su agak sibuk dengan anak2 dan kerja2 rumah.Along dengan adam dah tido..abang pi memancing..su pulak bolehlah mengupdate fp.Siang semalam su masak ringkas je(nasi goreng)..lepas abang balik keje dalam pukul 5 petang kitorang bawa along pi klinik.Dia kena balik penyakit lama..allergik.Along ni sensitif sikit..kena kotor atau debu tak berapa boleh.Mulalah mata dia jadi merah macam orang sakit mata...Dulu lagilah..su hantar taska.Sampai ambil cuti tak bergaji sebab asyik tak sihat je.Macam manalah dia nak sekolah bulan 9 ni..harap2 lama2 dia oklah kot.Ingatkan nak jumpa Dr Ahmad..last2 dia cuti la pulak.Terpaksalah jumpa dr Rehab(Egypt).


Kesian anak mama..makin merebak merah,kenalah pi klinik terus.


Nasib baiklah mood adam masa menunggu kat dalam klinik baik..kalau tak... mau sakit kepala mama ngan abah.Tapi kena ajak2 main ngan borak..dia cepat bosan kalau duduk je...

Selepas pi klinik kitorang singgah makan kat kfc..seberang jalan klinik je.Nama je kfc tapi kat dalam macam hotel la pulak


Penat dah sikecik ni..sampai tertidur.Nasib baik dia tido..boleh mama makan dengan aman damai




Budak sakit..tapi bab makan laju jerrr..tambah pulak peberet dia..KFC




Ni gambar dalam KFC.Macam kat hotel kan....

Sebelum pi klinik sempatlah su buat kuih doraemon..Jangan tak tau mak orang ni peminat setia kartun..dulu kat malaysia tak pernah miss doraemon dengan sinchan .Melalutlah pulak..su buat kuih Dorayaki..Sedap kuih ni(abang kata macam bahulu )masa tengah dok masak along senyap2 ulang alik masuk dapur ambil..ada dekat 5 ketul dia hentam masa su tengah masak..along...along....nanti dia suruh buat lagi (su buat separuh dari resepi)

Quote:

DORAYAKI -(Sumber Skyblue myresepi)

Bahan-bahan ( 10 biji )
100gm tepung kek atau tepung gandum(Su guna tepung gandum)
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur (su guna sebiji je takut hanyir pastu tambah fresh milk)
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Inti:1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara
1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.(Tak sempat isi inti dah licin along balun )



Quote:

KUNG PAO CHICKEN(Sumber - Rai myresepi)

Bahan-bahan
Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
garam

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar(kuning) - potong dadu besar2(su guna bawang besar biasa je)
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit (x de su gantikan dengan 2 biji cili api hijau)
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
garam-jika perlu
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji kentang-potong pastu goreng
1/2 lobak merah - potong..goreng

Cara-cara
1. Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing,goreng kentang dan lobak merah pastu ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar .Masukkan lada bangala(su guna cili api), isi ayam, sos tiram, cili sos dan sedikit air.
4. Biarkan kering masukkan kacang gajus,kentang dan lobak kacau dan matikan api....


Tengok ramai orang dah cuba..su pun nak juga try..sedap..lain kali boleh buat lagi.

salam kenal,
su rajin masak ye nanti boleh kita tukar resipi.su duk mana kat mesir ke kat mana ni?
Fri 24-Jul-2009 03:23
Posted by:ida  - [Link]
mmg lawa kfc kat sana yekk..
akak pun minat tgk citer doraemon & citer2 katun jepun tu termasuk detektif conan cuma skrg ni masa terhad sikit nak layan.. tp kalau kebetulan free mmg ngadap juga.. hehehe.. dorayaki lom penah try lagi...
sian along kena sakit mata lak.. kat belah2 sana agaknya persekitarannya byk habuk ye? ada sesetengah tu selalu jadi ribut pasir tp tak taulah kot kat qatar takde... harap2 along cepat semboh.. mcm2 su masak.. sonoknye jd surirumah sepenuh masa.. mcm2 boleh masak..
Fri 24-Jul-2009 08:26
Posted by:MaDiHaA  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.