 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
kisah anak rantau
By: suhaili jamaluddin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 19-Jul-2009 04:12 |
Email | Share | Bookmark |
|
JOMMMM....
|
|
Arini awal sikit su masukkan entry..bukan apa lepas abang pergi keje su tak tau nak buat apa.Nak tido..mata takleh nak tutup la pulak..bajupun dah habis basuh malam tadi..sarapan untuk along pun dah siap..hmm..tu yang ngadap komputer.Takdelah apa2 cerita menarik sangat cuma aktiviti kitorang waktu cuti jelah..macam biasa..merabakkan poket cik abang tersayang .Semalam pagi2 kitorang dah pi city center..malas nak pergi lewat sebab comfirm susah dapat parking.Nasib baiklah adam tak mengamuk walaupun pukul 8 dah kena mandi..tapi sakit hati sebab abangnya yang menangis nangis taknak mandi.Pagi2 dah menaikkan darah mama.
Taktaulah mende apa yang ada kat tengah2 city center ni..sekali tengok macam rumah cina..tak sempat nak siasat la pulak .Cuma su nampak macam tulisan cina kat situ..adalah kot apa2 aktiviti/sambutan diorang nak buat.
Kesian anak2 mama..letih menunggu abah tengah shopping..tak larat su nak ikut abang pi shopping(abang kaki shopping su pulak...sebaliknya)last2 ajak anak2 duduk melepak.Jap lagi pandai2 lah abah cari kita
Dah penat berjalan..jom kita pi jamu selera.Kali ni kitorang melantak kat Nando's.Along macam biasa..burger.Mama ngan abah..entahlah mama pun tak tahu apa yang abah order..makan jelah .Simple macamnipun lebih dari 100 rial jugak.
Bagus anak mama ni.tak nak ganggu mama makan..
penat berjalan agaknye kot...sampai rumah je terus landing
Beli barang sampai tak ingat dunia .Tak muat bonet..kenalah letak kat depan(rasanya bonet dah cukup besar)
Jalan..jalan juga.Balik tetap kena masak untuk makan malam.Tapi semalam simple je su masak..kari ikan tenggiri..telur dadar dengan ayam nando's yang kitorang tapau.
Yang kat bawah ni pulak menu sarapan pagi ni.Su selalu buat cakoi..tapi kali ni cuba pulak resepi kayu keramat dari blog kak madiha.Macam biasa su buat cukup2 untuk kitorang je..so su kurangkanlah sikit sukatan berbanding yang kak madiha buat.
| Quote: |
KAYU KERAMAT-(Sumber-Kak madiha dan Normariah)
Bahan2
500 gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta(plantan takde su ganti marjerin je)
300ml air suam
Cara2 Menyediakan
1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta(marjerin) sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td.
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah).Su uli 3 pagi..dekat-dekat pukul 5 pagi su goreng.
5. Gorenglah hingga kuih bertukar warna coklat.Su hidangkan cicah dengan lebihan kuah kari semalam .
KARI IKAN
Bahan-bahan
2 keping ikan tenggiri
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 biji cili merah*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah kari ikan
BAHAN2 TUMIS:-
1 ulas bawang putih- dihiris
2 biji bawang merah kecil- dihiris
1 camca teh halba campur
2 tangkai daun kari
BAHAN2 LAIN:-
2 keping asam gelugor /sedikit air asam jawa
3 biji tomato, dibelah dua
1/2 cawan pati santan (su guna serbuk santan)
Garam, gula dan serbuk perasa
2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus(nak pedas su isi 2 cili api)
Cara-cara
1. Campurkan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
2. Masukkan air dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa .
3. Bila mendidih, masukkan pati santan, tomato dan cili hijau/ merah. Biar mendidih seminit dua. |
| Quote: |
LEMPENG KELAPA
Bahan-bahan
2 cawan tepung
1 cawan kelapa parut
Air - (kepekatan macam buat lempeng biasa)
Sedikit garam
Minyak(kalau pakai kuali biasa)
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan,jgn terlalu pekat atau cair.Agak2 mcm nak buat cekodok.
2. Panaskan non stick pan ,tuangkan adunan kedalam dan tutup sebentar,supaya lempeng tu masak sekata. |
Sarapan pagi semalam.Su buat masakan senang je..lempeng kelapa pastu cicah dengan sambal udang lebihan lauk makan malam.Pagi2 makan pedas2 macam ni memang laju jerrr.
ni saje je nak tunjuk .ni makan tengah hari masa keluar hari cuti juga.Ni melayan tekak along..pizza ni kalau medium..dia sorang je hentam.Su kurang sikit..sekeping pun dah cukup...tapi kat sini yang tak bestnya takde mushroom soup..nak makan kenalah buat sendiri.
Adam nasib baik sekarang ni memang mudah nak bawa jenjalan..bagus anak mama ni...
Sempat lagi tu along makan aiskrim..lambat sangat kot nunggu pizza sampai.Oklah nanti sambung lagi..nak mulakan operasi memasak makan tengah hari sebab adam tengah tido..kang dia bangun..payah la pulak.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|