Want your
own Fotopage?





















 
kisah anak rantau

By: suhaili jamaluddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 12-Jul-2009 08:27 Email | Share | Bookmark
SARAPAN & MAKAN PETANG

 
 
 
 
 
 
 
 
Cerita pasal makan2 lagi..sorrylah tengah mood rajin nak mengupdate pasal makanan.Tapi takdelah makanan istimewa sangat..cuma sarapan dan makan petang yang cukup ringkas.Abang petang kena ada makan2 ..malam baru makan nasi pulak,tapi takpe makan banyak manapun badan abang tetap maintain cuma yang memasaknya pulak sebaliknya.

Quote:

GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP.

MUSHROOM SOUP
Bahan-bahan
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

CARA-CARA
potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. Sedap dimakan panas.

Sesekali makan ala2 mat saleh ni best juga.Mushroom soup su buat malamnya..esok tinggal panaskan je(kalau buat pagi tak menang tangan sebab si kecik tu bangun awal).Pastu cicah dengan garlic bread...memang tak cukup sekeping .Resepi garlic bread rasanya takyah kot sebab simple je dan semua orang tau nak buat camner.


Quote:

APAM LENGGANG(Sumber - Sofinar myresepi)

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1 cawan air
1 cawan santan(su guna separuh kotak serbuk santan)
1 biji telur - su tak isi sebab guna non stick pan & takut hanyir

Cara-cara
campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam(su perap malam,pagi esok baru masak) masukkan santan dan gaul lagi.panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua

Dah lama su tak makan apam ni..nostalgia betul kuih ni.Dulu2 masa zaman sekolah selalu su pi beli kat makcik tak jauh dari rumah su..tak jemu makan walaupun hari2.Tapi yang makcik tu jual dia ada isi macam cream kat dalam.Nantilah kot2 balik malaysia jumpa dia su cuba tanya.

Quote:



COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE (Sumber-Alma myresepi)

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon - (su gantikan dengan perasa sunquick)
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine - (su guna tepung gandum je)
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon - (su gantikan dengan perasa sunquick)

Cara-cara
Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler (su nak cepat dan senang campur je semua pastu panaskan dalam microwave..senangje caranya untuk orang malas ). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan adunan cream cheese tadi dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon(sunquick) & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon(sunquick), sampai berbuih2 (foamy)(su guna whisker. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Kek ni su teruja nak buat bila tengok ramai orang yang dah mencuba dan bagi komen sedap.Memang sedap bagi tekak su sekeluarga sebab tak terasa muak sangat.Mungkin sebab bakar dan su dah tambah sunquick..tapi takleh buat selalu sebab nanti bertambah lagilah lemak tepu kat badan ni .Entah bilalah lemak kat badan ni nak cair...


MURTABAK


CUCUR ROTI
Ini kes nak menghabiskan roti yang hampir expired dan stok2 barang dalam peti ais.Masukkan je apa yang masih ada dalam peti ais.Yang ni su masukkan jagung(lebihan buat apam balik)..udang(yang dah tinggal 2-3 ekor je ).Pastu cicah dengan sos cili..sedap juga walaupun main 'taram' je apa yang ada.


Quote:

KUIH BOM PISANG (SUMBER-BLOG KAK UMMI KUANTAN)
600 gm pisang ranum (*ummi guna pisang berangan)
1 biji telor
120 ml susu segar/santan
60 - 70 gm gula pasir
210 - 230 gm tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:-

Dalam mangkuk, lecek pisang dan masukkan telor, susu dan gula.
Ayak tepung, soda dan garam ke dalam adunan. Kacau rata. (Adunan hendaklah agak keras, jika lembik bentuknya tidak akan bulat semasa menggoreng).
Biarkan adunan selama 2 jam barulah bentukkan bulat dan goreng dalam minyak panas hingga berwarna kecoklatan. Toskan minyak dan hidang

Malam masa dok tengah pikir nak masak sarapan apa esok..tetiba terpandang pisang yang dah ranum sangat.Nak buat cekodok takleh pula sebab sikit sangat pisang..pastu teringatlah resepi Kak Ummi ni.so..pukul 3 pagi su terbangun terus pi dapur bancuh adunan.pukul 5 bangun goreng je...


PAU INTI KACANG MERAH
Resepinya dah ada dalam entry sebelum ni...kali ni su buat dalam 6 ketul je..ngam2 untuk su sekeluarga sarapan..

Ni su tengah buat roti kentang resepi dari kak Madiha..nanti su update..ngantuklah pulak dah..nanti sambung lagi..nak tidur dulu pastu mana tau boleh mimpi apa nak masak sarapan pagi esok


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.