 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
kisah anak rantau
By: suhaili jamaluddin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 9-Jul-2009 18:36 |
Email | Share | Bookmark |
|
HOBI BARU & JOM MASAK-MASAK
|
|
Tu dia..sekali masuk entry banyak terus gambar.Bukan apa ini gara2 tak sempat nak update sela lu.Kali ni nak cerita pasal cik abang yang tersayang.Sejak su lepas pantang baru2 ni abang dah mula ada hobi baru.Sebelum ni balik keje abang ngadap tv main game(along tumpang sekaki) tapi sekarang abang dah mula jadi kaki pancing pulak.Tiap2 tiap minggu kalau takde apa2 hal mesti pi memancing dengan geng2 kaki pancing.Biasanya abang pergi malam jumaat..dari lepas maghrib sampai esok paginya.
Khusyuknyelah ngadap'senjata'.Nasib baiklah along tak cukup umur lagi..kalau tak mesti join sekali .
Yang kat bawah ni pula antara hasil2 ikan yang abang pernah tangkap.Tak taulah pula nama ikan2 ni.Su ni buta sikit jenis2 ikan .So ikan ni su masak jelah apa2 yang patut..janji boleh makan.
Ini pula antara menu2 yang su masak sepanjang minggu ni.Jom layan je lah orang yang tak berapa pandai masak ni memasak.. .tapi yang pastinya udang atau ketam mesti ada sebab along tak makan ikan..Tak taulah kenapa anakku ni pelik daripada orang lain.Paling dia suka kuih2 ngan roti terutamanya pizza dan donat.Menu2 ni ada yang su copy & paste je.Minta halal ye dari tuan2 yang empunya resepi .
| Quote: |
IKAN MASAK LADA BESAR/MERAH
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan merah (atau apa2 ikan yang banyak isi)
5 biji lada besar/merah-Kalau nak pedas tambah 2 biji cili api(dimesin)
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - separuh potong bulat,separuh mesin dengan lada besar
2 inc halia - hiris panjang2
1 keping asam gelugor
minyak
air (ikut suka)
garam
CARA-CARA
Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam..goreng kejap(jangan garing sangat).ketepikan.Lada merah dan bawang besar dimesin dengan sedikit air.Panaskan minyak pastu tumis bawang putih,halia.Dah naik bau sikit masukkan bahan mesin tadi.masukkan bawang besar yang dipotong bulat.masukkan air sedikit(kepekatan ikut suka masing2).masukkan ikan yang dah digoreng dan juga bahan perasa.Biar mendidih jap pastu boleh tutup api.Dah boleh makan..mak su panggil ikan masak cabai besaq. |
UDANG GORENG KUNYIT - Satu lagi masakan simple dan campak2 untuk along.goreng biasa je cuma su tambah serai dan air sikit2 bagi berkuah.
| Quote: |
IKAN MASAK TAUCU
Bahan-bahan
2 ekor ikan tenggiri (atau apa2 ikan je)
1 biji bawang besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih
4 hiris halia(su suka isi banyak sebab bau dan rasa taucu jadi sedap)
5 biji cili api(sape tak tahan pedas boleh kurangkan)
2 sudu besar taucu(hancur2kan separuh supaya kuah nampak pekat sikit)
1 sudu besar air asam jawa
serbuk kunyit
minyak
garam
gula
air secukupnya
Cara-cara
goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit(jangan garing sangat)ketepikan pastu sediakan kuah taucu. masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang besar , bawang putih dan halia hingga kekuningan dan naik bau, pastu masukkan cili api(su ketuk2 sikit cili api).masukkan taucu dan kacau sekejap. masukkan air dan air asam jawa. tambah gula dan garam (tak isi pun takpe sebab taucu dah masin).Taucu yang su guna dari indonesia kurang masin..so su isi juga garam sikit. masukkan ikan yang dah digoreng tadi ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api dan dah boleh hidang |
IKAN BAKAR
Ini ikan yang abang pancing.Su bakar atas grill elektrik je.sambalnya su masak asing pastu tuang je atas ikan.Takyah resepi kot sebab sambalnyer simple je.Memang best makan ikan segar macamni.Terasa kemanisannya.
| Quote: |
IKAN KERAPU 3 RASA
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan kerapu(ikan lain pun boleh)
sedikit tepung jagung
2 ulas bawang putih-diketuk
1 in halia-dihiris panjang2
1 biji tomato-dipotong dadu
1 biji bawang besar-dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 lobak merah(yang kecil je)-potong dadu
sedikit nenas-dipotong dadu(su guna dalam 3 keping yang dah siap potong)
sedikit garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
Ikan dilumur garam dan sedikit tepung jagung(lumur ngan garam serta kunyit je pun ok gak)pastu goreng hingga garing sedikit. Ketepikan.Untuk sosnya tumis bawang putih, halia dan bawang besar.
Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato,nanas dan lobak merah(nak masukkan lada benggala ngan timun pun ok..su takde stok so masuk je apa yang ada). Masukkan air sedikit.Biar mendidih dan nampak pekat, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi. |
Ikan su guna ikan kerapu batik yang abang dapat masa memancing.Memang menjilat jari sebab ikan tu abang bawa balik su terus masak..memang betul2 fresh...
| Quote: |
AYAM SERI INAI (SUMBER - BLOG KAK MADIHA)
Bahan:-
1 ekor ayam ~ (su buat separuh je sebab untuk 3 mulut je )
750 ml santan pekat (su guna santan serbuk)
250 ml air (optional)
sedikit minyak untuk tumis
1 keping kecil asam gelugor
sedikit gula & garam secukup rasa
Bahan2 Dikisar Halus
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 cm halia
7 biji buah keras (yang ni tak isi sebab tak jumpa lagi kat qatar )
1 sudu besar serbuk jintan manis (su guna yang biji..sangrai pastu tumbuk halus)
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit kunyit hidup
Cara Memasak
1. Bersihkan ayam dan rebus separuh masak(su tak rebuspun..goreng je terus sebab nak cepat). Angkat dan toskan. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, pijarkan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan ayam, santan, asam gelugor dan sedikit air (jika perlu). Kacau rata, masukkan garam, gula dan masak hingga pekat. Angkat dan sedia dihidangkan |
Ayam tak berapa nampak sebab su potong kecil2.Cik abang kurang suka ayam yang dipotong besar2.Paha tupun kena kerat dua padahal ayam kat qatar ni halus2.macam ayam tak cukup zat je .
| Quote: |
GULAI LEMAK MERAH UDANG & NANAS (SUMBER KAK UMMI ZAIHADI)
Bahan:-
1/2 kilo udang sederhana besar
1/4 biji nenas - potong kecil(su guna nanas dah siap potong)
2 sudu besar cili kering kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm kunyit hidup - tumbuk
1 cm lengkuas - ketuk
2 batang serai - ketuk
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 sudu besar minyak masak
garam
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan cili kering. Perlahankan api dan masak hingga cili benar2 masak dan naik minyak. Masukkan lengkuas dan santan cair (*su guna santan peket je ). Masukkan nenas dan garam, kacau sebentar. Masukkan udang, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau dan bila mendidih sikit, tutup api sambil dikacau- |
Memang sedap resepi ni..tak tipu .Sebabnya cik abang tak berapa makan udang tapi bila masak macam ni..bertambah makan nasi.Maknanya sedap la tu walaupun dia tak puji orang yang memasaknya .Gambar nampak udang sikit je sebab dah makan separuh baru teringat nak ambil gambar.
| Quote: |
AYAM BAKAR BEREMPAH (SUMBER KAK UMMI ZAIHADI DAN KAK LIZA)
Bahan:-
1 ekor ayam - bersih dan keringkan..(*su buat separuh je)
Bahan Mesin:-
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak
garam secukupnya
Cara-Cara:-
Gaulkan kesemua bahan mesin dan perap bersama ayam untuk beberapa jam.
Bakar pada suhu 200C selama 1 jam. (su bakar selama 30 minit, pastu alihkan ayam dan bakar lagi 30 minit atas grill elektrik.)
Hidangkan dengan coleslaw, sos lada hitam dan sayuran salad serta fries..(su hidang dengan sos cili je |
| Quote: |
SUP KETAM (simple jer-main campak2 je untuk along)
5 ekor ketam- (isi banyak ekor sebab ketam x cukup zat...)
1 biji kentang - belah 4
1 batang lobak - kalau panjang separuh dahler
2 Ulas bawang putih- diketuk/dihiris
1 labu bawang besar - potong bulat
1 in halia muda-dihiris panjang2
Garam & serbuk perisa
air untuk kuah
minyak
daun sup/celery
daun bawang-optional
CARA-CARA
Ketam dibersih(buangler apa2 yang patut).Panaskan minyak pastu tumiskan bawang putih, halia dengan bawang besar.Dah agak2 ada bau wangi tu..masukkan air (ikut suka nak kuah banyak mana), pastu masukkan kentang dan lobak(potonglah ikut suka janji boleh makan)- Nampak mendidih sikit masukkan ketam dengan celery(sini tak jumpa daun sup..masak apa2 ganti celery jelah).Akhir masukkan garam & serbuk perisa. |
MASAK LEMAK PUTIH FUCUK
Yang ini takyah resepi la kot.Simple sangat nak buatnya....malu pula rasa nak letak resepi.Fucuk ni su beli kat qatando(konon2 nak pi cari taucu,last2 banyak benda lain yang beli).Tak tau pula kat situ ada..dah terjumpa beli la terus walaupun harganya berganda mahal dari kat malaysia.
Panjang bebenor dah entry su kali ni..nanti2 lah pulak sambung.Nak pi menghabiskan duit jap(beli barang2 dapur) Rabak lagi poket abang
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|