Dah bersawang nampaknya fp su ni..kena operasi besar besaran mengemas dan membersihkan segala sawang2 ni.Entry pada kali ni su sambung semula tentang cerita balik kampung raya tahun lepas(lamanyalah baru update) .yang ada pada entry kali ini ialah cerita2 yang berlaku di kampung sebelah su pula.Nak mula yang mana satu agaknya cerita,sebab banyak yang menyedihkan dari menggembirakan pada kepulangan su kali ini.
Wajah comel anak saudara su yang sorang ni memang su tak boleh pandang lama2.rasa sedih sangat bila tengok keletah dan raut wajah dia. Yang ini anak bongsu aruah abang su.Adik beradik su 6 orang..1 lelaki 5 perempuan.Dalam ramai2 su terlalu rapat dengan abang su...segala masalah dan rahsia su luahkan pada dia.harijadi kitorang pun tak jauh,su 21.02.1981 abang pula 22.02.1971.Abang meninggal 28.06.2007 akibat kemalangan.Masa dia meninggal anak yang bongsu ni dalam pantang.Sikecil ni tak dapat kenal ayahnya.Abang tinggalkan 4 orang anak.Sampai sekarang kadang2 aku masih tak percaya yang dia dah 'pergi'.Abang ni kelakar sangat orangnya dan dia harapan abah untuk usahakana ladang sawit sebab dia satu satunya anak lelaki.
Ini gambar anak sulung aruah abang su.Dah masuk 14 tahun umur dia.
Inilah isteri aruah abang.su betul2 tabik kat kakak ipar su ni..tabah sangat orangnya.Setitik air matapun tak gugur sewaktu jenazah abang sampai.Sekarang dia masih tinggal bersama mak ngan abah su.Dia kata itu janji dia dengan aruah nak jaga mak dengan abah selagi dia berdaya.Sepanjang abah sakit..dialah yang bersusah payah jaga.Bagi su dia lebih dari kakak ipar..terlalu istimewa di mata su.
Masa mula2 sampai dan jumpa abah....su terkejut sangat.Sebelum su ke qatar abah sihat sangat..Abah ni serupa macam aruah abang peramah dan suka berlawak.Tak sampai setahun su disini abah dah jadi seuzur ini.Hari2 su berulang alik melihat abah di Hospital Temerloh.Rasa macam tak sanggup nak tengok rawatan yang abah jalani.Tiap2 hari mengerang sakit.Dia hanya mampu terbaring..nak mengiring pun terpaksa minta bantuan orang.Mak sentiasa disisi abah.Kasihan su tengok mak...Masa abah sihat diorang ni memang romantik sangat.Mana pergi mesti berdua..orang kampung pun dah tau sangat.Mana ada abah disitulah adanya mak.Alhamdulillah bulan lepas abah dah semakin sihat.Semoga kepulangan aku nanti boleh lihat semula ketawa riang abah melayan cucu2nya.
Yang ini gambar adik beradik su(termasuk ipar) semasa hari terakhir di kampung.Lepas melawat abah je su berangkat ke k.lumpur untuk pulang ke Qatar.Masa nak tinggalkan abah...abah menangis tersedu-sedu macam budak kecil.Suami su dah lari awal2 sebab dia menangis bila tengok abah sedih.Su terpaksa tabahkan hati melangkah tinggalkan abah.Dalam ramai2 adik beradik su paling rapat dengan abah..itu yang abah sedih sangat.