Lamanyalah tak update fp ni.Nak kata tak sihat..ok je.Alhamdulillah alahan cuma 2 bulan je..minggu depan cukuplah kandungan su 5 bulan.Bukan apa..semenjak dua menjak ni perasaan malas makin menjadi-jadi.Yang paling rajinnya tidur..ditambah pula dengan musim sejuk sekarang ni,rasa nak duduk dalam selimut je.Hari ni barulah ada kerajinan sikit nak update.Kitorang bertolah balik kampung pada 22 september.Perasaan masa kat airport tu Tuhan saja yang tahu..seronok yang teramat-amat sangat.
Ni muka tak sabar-sabar nak balik Malaysia.Kapal terbang kitorang pukul 11.30 malam tapi pukul 6 petang dah bertolak dari rumah.Airport dekat je..dalam 15 minit tapi biasalah pergi awal sikit takut kena beratur panjang masa check in.Sempat jugalah along tertidur dekat kerusi. Sampai kat KLIA dalam pukul 1.30 tgh..sampai2 je adik ipar dah terpacak tunggu kitorang.Terus kitorang bertolak balik Temerloh jap..sempat jugalah berpuasa dengan mak selama 3 hari pastu yang sedihnya terpaksa beraya jauh dari family.Tahun ni beraya kat rumah family suami..sedihnya
Kesian kat along..tiap2 tahun sambut harijadi bulan puasa.Kitorang buat simple je harijadi along pada 27 september aritu.Selepas buka puasa kitorang buat majlis potong kek untuk along.Selamat harijadi ke 4 tahun untuk anak mama,semoga membesar dan menjadi anak yang soleh,diberi kesihatan yang baik serta berjaya dalam hidup.
Malam raya mak mendua dengan adik ipar tengah sibuk membungkus pulut.Su cuma tengok je sebab masa ni alahan masih ada sikit-sikit.Kepala masih pusing2 lagi.
Kedua-dua hero pujaanku serba merah tahunni(termasuk su sekali).Sepadanlah pula baju dengan karpet dan langsir .Yang gambar ramai tu..baju putih abang suamiku..yang kecil2 tu anak dia,manakala yang baju hijau tu bapa saudara suamiku..Su?Takyahla kot.Su ni paling malas dan susah nak bergambar.
Yang ini pula gambar kitorang masa pergi Tuaran pada hari raya kedua.Kitorang pergi Tuaran sebab nak ziarah kubur datuk ngan nenek sebelah emak suamiku.Su tak pergi ziarah kubur sebab kubur ni terletak kat pulau..Pulau ni khas untuk kubur sahaja.terpaksa naik sampan kalau nak pergi.Su dengan kakak ipar je yang tak pergi sebab dua-dua mengandung dan ada anak kecil.Sepanjang peninggalan diorang pergi ziarah kubur su banyak layang karenah anak je sebab nak bercakap dengan tuan rumah tak berapa faham bahasa dia.Dia cakap bahasa bajau laut(suami su ni melayu(ayah) campur bajau laut(mak).Along menangis masa abah dia naik sampan..katanya takut fish besar dengan crocodile makan abah..imaginasi budak-budak.
Pada hari raya ketiga bapa saudara suamiku buat majlis kenduri anak perempuan dia.Suaminya orang kadazan campur cina.Masa majlis ni sempat jugalah berjumpa saudara mara suami yang selama ni su tak pernah jumpa.Seharian juga kat situ..rasa nak pitam pun ada,ditambah pula tengah hamil.Letih rasanya badanni sebab hari2 berjalan.
Ini tempat paling su suka..dekat dengan pasar filipina yang banyak jual kraftangan terutama tempat orang nak cari mutiara.Banyak gerai jual air kelap..puas hati dapat minum kelapa segar..kat qatar ni ada juga tapi kelapa dalam tin made in thailand.Harga kelapa yang su minum ni RM 3 je.
Antara gambar anak saudara dan adik beradik suamiku.Tak semua su dapat masukkan sebab banyak sangat.Pilih jelah sikit2..janji ada cerita.Oklah nanti su sambung cerita family su pula...tapi kepulangan su disambut berita sedih..insyaallah nanti su update.