Want your
own Fotopage?





















 
kisah anak rantau

By: suhaili jamaluddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Aug-2008 18:46 Email | Share | Bookmark
KLINIK DAN MAKAN MAKAN

 
Sebelum ni su ada bagitau tak berapa sihat..tapi su ni jenis liat sikit nak pi klinik.Petang semalam bila abang balik dari kerja dok tengok bini dia berselimut kat sofa terus dia ajak juga su pergi klinik.Klinik ni kat sebelah Hospital Al Ahli..Taklah jauh sangat dari rumah su.Gambar2 ni saja je ambil nak tunjuk klinik tempat su sekeluarga dapatkan rawatan..yang penting freeee.



Ni papan tanda kat pintu masuk..klinik ni untuk syarikat suami su (qatargas) dan Rasgas sahaja...Tapi orang ramai juga.


Ni belum dalam klinik lagi .Sofa ni baru kat tepi lif nak naik ke klinik.Tak taulah apa tujuan letak kat situ.




Yang ini baru dalam klinik.Ini kat tempat ruang menunggu nombor dipanggil..Yang mula2 tu kaunter pendaftaran dan bilik doktor di sebalik cermin yang ada pintu2 kayu tu.Sini masa daftar dia akan tanya kita nak jumpa doktor mana..boleh pilih nak dortor yang mana satu kita suka.Doktor kat sini ramai..adalah dalam 7 orang.Su pilih doktor Heba orang Egypt(doktor ni popular sebab sikap dan rawatan dia kot)Ramai juga yang menunggu tapi tak nampak sesak sebab ruang menunggu besar dan selesa.Tempat permainan anak2 pun ada kat tepi ruang menunggu..tv pun ada 2..majalah ngan suratkhabar pun banyak.




Aksi wajah budak yang dah tak tau nak buat apa.Takde idea dah dia..ala ala mati kutu dah ni.


Bukan anak je..abah pun dah penat menunggu .Tulah padan muka su..sapa suruh pilih doktor yang ramai orang nak.Dah kena tunggu lama .Takpelah janji puas hati.



Dah selesai jumpa doktor..jom pi ambil ubat pula.Ni ruang menunggu kat tempat nak ambil ubat pula.Tengok anak bertuah..sempat memanjat lagi.


Habis urusan kat klinik kitorang pergi makan.Demam..demam juga.Makan tu wajib .Kali ni kitorang makan kat MARMARA ISTANBUL RESTAURANT.Kat sini selalu juga geng2 malaysia tempah makanan untuk jamuan terutamanya untuk rumah terbuka masa hari raya.Paling popular nasi makbus.Tapi nasi tu untuk tempahan banyak je..kalau makan kat kedai takde dalam menu.


Macam biasalah sini kedai makan tempat untuk family kat tingkat atas.Along dok usha abah dia.Manalah abah pi agaknya.Takut sangat abah dia hilang.





Ini antara makanan yang kitorang order.Kedai ni pekerja dia memang majoriti orang istanbul..namapun kedai istanbul .Yang mula2 tu ayam bbq untuk abang.Sini macam biasalah order je mesti dia bagi satu pinggan percuma roti.Orang sini mana makan nasi sangat.Tak habispun roti dia bagi.Roti ni kena makan panas panas.Kalau dah sejuk..liat nya ya rabbi.Along macam biasa mamat roti...kitorang pesan pizza untuk dia.Anak su ni cerewet sikit...dia kuat makan roti,nasi kurang.Ikan memang dia tak makan.Su pula order sandwich kebab daging.Air macam biasalah..sini kedai makan yang ada cuma air bergas dalam tin dan mineral water.Sirap??balik buat sendiri kat rumah.


Nak naik seksa..nak turun pun sama.Tangga memang tinggi..along sampai menapak macam budak baru belajar berjalan .
Oh ya su baru balik dari jamuan makan tadi..jumpalah ummi irfan kita.Sorrylah ct..su takleh lama tadi sebab kitorang datang jalan kaki je.Penat woo menapak.Abang kata dekat je..rupa2nya ....balik kena mandi semula ler.Semacam je bau.Sorry ye ct...Esok mungkin su keluar..tapi tak tau lagilah.Kalau ada cerita menarik su kongsi sama sama.Salam dari Qatar

hehe..amboi cepat balik updated n3 baru..
dah sihat daa tu..elok la.. mm su,restoran turkey tu kat aner?cam best je pizza nya..esok nk g ni huhuhu..
esok plan nk g aner tu??su blik brp hb mesia nk raya ni?
Fri 15-Aug-2008 21:41
Posted by:ummi Irfan  - [Link]
>>restoran ni tak jauh dari hospital al ahlilebih kurang bertentangan dengan al ahli).dekat2 area kfc yang dekat hospital al ahli tu.Geng2 semalam tu rajinlah order dari restoran ni untuk jamuan makan.pi lah.makanan kat situ sedap dan harganya pun ok.
>>tadi pi landmark tapi situ takleh bawa kamera..masalah betul
>>su balik 23/9 tapi tahun ni raya rumah suami kat sabah
Sat 16-Aug-2008 11:46
Posted by:su  - [Link]
mm su lmbt sgt reply..t g thai smile lg td..mm kali ni p situ rs muak la plak..pening kpala rs..
ye ke g landmark xleh guna camera?t guna ok je..nape org situ marah ke?org2 lain ok je..
tp xtaw ar kut ada law baru..
Sat 16-Aug-2008 14:16
Posted by:ummi Irfan
>> get well soon ok...
>> nampak cantik dan selesa klinik tu...
>> orang yang sakit pun boleh rasa kurang sakit kalau masuk...
Tue 19-Aug-2008 16:47
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
>> selamat menunaikan ibadah puasa buat anda sekeluarga...
>> semoga kehadiran Ramadan ini akan semakin mendekatkan kita kepadaNya...
>> insyaAllah...
Sun 31-Aug-2008 17:34
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
mai menjamu mata dgn laksa utaqha.... jommm..... Thu 11-Sep-2008 18:31
Posted by:jue  - [Link]
tahniah........alhamdulillah dpt la along kwn sorang lg... jaga diri baik2.... bestnyer dpt blk msia.... Sun 14-Sep-2008 10:32
Posted by:jue
Salam Ramadhan
Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu ye
Mon 15-Sep-2008 13:52
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
>> salam Aidilfitri untuk anda sekeluarga...
>> moga bahagia di Syawal mulia...
>> andai ada salah silap terkasar bahasa...
>> ampun serta maaf juga dipinta....
Thu 25-Sep-2008 20:28
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam.. tak update fp ker? k.liza add su dlm fp. Thu 22-Jan-2009 05:11
Posted by:lyzaleo  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.