Dua tiga hari kebelakangan ni tak berapa nak sihat lah pula badan ni..rasa lain macam je .Walaupun tak berapa sihat,masak juga untuk suami dengan anak tersayang...yang paling penting pergi makan kat luar pun boleh lagi walaupun tak sihat semangat nak makan kat kedai lah katakan.
Ini gambar hari Jumaat masa kitorang nak pergi whole sale market.Masa ni pukul 5 pagi..mula2 siapkan along pastu baru mamanya bersiap.Selepas siap tengok2 along hentam tidur kat sofa..Along ni satu yang su suka.Kalau kita bangunkan dia ,dia takkan menangis.Dia dah biasa kot.Sini 5 pagi cerah macam dah 9 pagi malaysia..keta pun dah banyak kat jalan.
Selepas beli barang2 kat whole sale market kitorang singgah kedai india muslim tak jauh dari rumah..sarapan kat situ.Makan roti canai dengan puri set.Kat qatar restoran biasanya buat tempat khas untuk family.Macam yang su pergi ni untuk family di tingkat dua.kitorang tiap2 minggu datang sarapan sini(tauke dah kenalpun muka kitorang )Kat sini ada seorang pekerja india fasih berbahasa melayu sebab dia pernah kerja di johor.Tempat makan untuk family dia buat macam bilik2 kecil..so tak nampaklah muka orang sebelah tengah makan.Yang paling best kedai ni betul2 depan AIRPORT.Terasa macam semangat sangat nak balik kampung bila tengok kapal terbang tengah mendarat dan berlepas.
Sementara Cik Abang tersayang pergi solat jumaat..su mulalah sibuk kat 'pejabat'.Ha..nilah hasilnya untuk makan tengah hari kitorang.Sotong goreng tepung,gulai daging,ikan goreng,sambal belacan dan sambal telur.Ini tengah hari je sebab kitorang kurang sikit makan lauk yang dipanaskan..mesti kena masak lain untuk malam. Hilang rasa penat memasak bila habis dimakan Ni petangnya su buat bubur pulut hitam.
Pagi sabtu kitorang keluar shoping.Pastu petangnya teringin nak makan pulut lah pula.So su kukus pulut(tak sempat nak rendam ngan kunyit)makan dengan kerutup daging.Nasib baik tak pening
makan pulut banyak2 Bila malam rasa malas la pula nak masak.Fikir punya fikir..last2 su masak ringkas je.Sambal ikan dengan singgang pastu ada lebihan daging kerutup petang tadi.Jadilah tu..
Yang ini hari ahad punya makan petang.Su buat tahu berinti pastu cicah dengan kuah kacang dan sos(buat sendiri je sos ni).
Pagi sabtu kitorang keluar pergi city center..saja jamu2 mata(konon-kononnyalah..last2 shopping juga) sambil bawa along jalan2. Hai sayang..tak pandang bini dah ke?taulah banyak sale kat depan tu.Rambang mata kejap ye
Along sampai terduduk penat ikut mak abah dia beli barang2.Masa ni abah tengah usha2 kasut.
Disemua kedai ada letak perkataan sale..boleh pening dibuatnya..rasa nak masuk semua kedai
Selepas penat berjalan berhenti makan dulu....jom makan
Malam tadi kitorang makan kat luar..tak larat rasa nak masak.kitorang pergi Thai smile.Demam2 ni sedap juga pi pekena tom yam.Kreatif dan cantik dekat ruang depan pintu masuk kedai makan ni.Penuh dengan pokok2 dan ada satu ruang makan khas untuk orang yang nak makan kat luar kedai.
Kedai makan ni kecil je..tapi tak jemu memandang hiasan kat dalamnya.Menarik sangat dan ada ciri2 negara Thailand kat dalam.Makanan dia..fuhhh rasa memang..memang..memang..sedap.Hilang kejap rindu masakan kat kampung halaman.Harganya biasalah kat Qatar..mana ada yang murah.Tomyam mangkuk kecil 20..yang besar 30 rial.Ikan kerapu sekor 35 hingga 50 rial.Dekat je kedai ni ngan rumah su..takpe lain kali malas masak boleh datang lagi.