Want your
own Fotopage?





















 
kisah anak rantau

By: suhaili jamaluddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Aug-2008 09:47 Email | Share | Bookmark
jom sembang kosong

 
 
Bosan la harini.Takde apa nak buat..so saja2 je tangkap gambar dalam rumah.Saja nak cerita pasal isi rumah su yang kebanyakannya harta syarikat suami .Rumah su tinggal ni syarikat yang punya termasuklah barang yang kat dalam ni.Orang kata lenggang kangkung jelah masuk rumah.Kat sini bil air,elektrik,telefon,persekolahan anak,perubatan anak dan visa(satu family syarikat tanggung).Pendek kata duit gaji untuk belanja barang keperluan dengan buat simpanan je.Kalau nak sewa sendiri kat qatar ni mau pening kepala..sewa mahal wooo.Apartment 3 bilik pun hampir 5000 sebulan.


Ini saja nak letak.Kitorang datang secara sah..bukan PATI tau .Inilah kad pengenalan kitorang kat sini.


Kitorang letak rapat tepi dinding.Bukan apa dalam rumah ni 3 orang je,separuh dari jumlah kerusi yang ada .Boleh jimat ruang sikit.Kalau tak kesian along takleh nak merempit kereta mainan dia sebab ruang terhad.


Inilah ruang tamu kitorang(bolehlah dikatakan ruang tamu)bersebelahan je meja makan dengan sofa ni.Ha..nipun semua kepunyaan syarikat termasuklah karpet


Inilah tempat lepak untuk su mengisi masa lapang.Itupun selalunya kena bergaduh dengan along dulu.Selalunya su yang kalah terpaksa beralah.Dengan anakpun terpaksa berebut laptop

Yang bawah mikrowave tu mesin basuh pinggan.Sepanjang su tinggal disini sekalipun tak pernah guna lagi.Bukannya banyakpun pinggan nak basuh..kalau keluarga ramai lain ler.Su basuh manual je..


Inilah tempat yang paling banyak sekali su habiskan masa.Kalau kat malaysia dulu dapur sesekali je masuk(sebab banyak masa kat pejabat)sekarang ni dapur nilah pejabat su .Oklah tu tak besar sangat pejabat su ni.


Su kat sini guna dapur elektrik(nasib baik elektrik syarikat bayar).Senang tak payah nak fikir gas habis.Mesin basuh nasib baik jenis yang keringkan terus.Kalau tak nak sidai kat manalah agaknya.Sidai kat beranda boleh tapi tak sampai setengah jam penuh debu.


Water dispenser ni memang penting kat sini.Sini air paip tak berapa bagus.Kalau masakpun biasanya su guna air mineral.Air paip untuk membasuh je..Ada beberapa orang anak kawan2 su masa mula2 datang badan jadi gatal2 guna air paip.Lama2 oklah sikit.Satu tong air mineral tu 8 rial.


Inilah tempat su nak simpan barang2 nak masak.Kena kunci selalu peti ni..kalau tak boleh rosak pintu dikerjakan along.Kejap2 buka cari makanan.Perut kecik tapi asyik laparrrr je.


Ni kat bahagian atas peti..sampai takde ruang dah nak isi barang(konon2 rajin masak la tu )


Bahagian bawah pun hampir penuh.Rasanya dah habis besar dah peti ni.Susu memang sentiasa ada dalam peti.Minuman wajib suami tersayang..su ngan along jarang sentuh.


Ini antara barang yang ada dalam lemari su.Sos memang banyak sebab along hantu sos.Semua benda dia makan ngan sos termasuklah roti canai.Along memang jenis pelik sikit.Tapi yang penting nak tunjuk..walau dinegara orang tapi tetap cari barang buatan malaysia.Gunalah barang2 tempatan


Inipun salah satu barang yang selalu kena berebut dengan along..24 jam nak tengok kartun je...Mama sampai merajuk dulu baru along beralah.Kesian mama selalu kena buli


Yang ini harta sendiri.Suami tersayang beli khas untuk main game(terutamanya game bola)Yang ni along takleh kacau sebab dalam bilik mama ngan abah.Inilah salah satu hobi abang untuk merehatkan minda


Ini su rompak meja cermin dari dalam bilik along .Boleh juga bagi nampak comel sikit ruang tamu.Kadang2 sakit hati juga..dalam laci penuh entah apa2 barang along letak.Kalau nak cari barang2 yang tak dapat dikesan..kenalah buka laci2 yang ada kat rumah ni.


Sejak badan makin naik ni abang belilah benda alah ni supaya isteri tersayang bersenam.Penat dah dok ngayuh..tak kurus kurus juga .Tapi takpe sebab guna juga..taklah benda alah ni jadi perhiasan je


Ini satu lagi minat abang.Dia suka sangat jam tangan..nampak yang berkenan dihati..angkut bawa balik.Su pula sebaliknya..pakai pun taknak.Tak minat dari dulu lagi.

Ini pula kolam renang along.Sejak musim panas ni air dalam tab tu kena isi awal...kalau tak menjerit jerit along kepanasan


Ini saja je nak letak duit qatar.Sini duit syiling kurang ada harga sikit.kalau kat pasaraya harga barang 76.40..dia kira 77.Susahlah nak bagi baki 0.60..paling tidakpun dia bagi coklat.



Ini kamera digital kitorang.Kamera digital biasa je..tapi kadang2 kat pasaraya guna kamera handphone je senang.


Video camera ni jarang kitorang bawa pi jalan2.Biasanya untuk kitorang pi bercuti atau ada majlis je.Biasanya lepas rakam cd abang buat sendiri je.cd paling su suka masa along baru nak pandai berjalan..rasa seronok tengok sebab masatu dia baru nak pandai bertatih sikit sikit.


Ini abang beli masa nak pergi tangkap ketam masa musim sejuk haritu.yang kecil tu khas untuk suluh ketam..dalam seratus lebih juga harnya walaupun kecil je.Yang besartu kitorang letak dalam khemah


Mula2 tengok ni su rasa terkejut sangat.Macammanalah agaknya kalau telur ni terus membesar dengan dua ekor anak ayam didalamnya.Su jumpa masa su nak masak baru2 ni.Memang masa su beli satu sarang telur su rasa pelik sebab ada sebiji telur besar dari yang lain.Su ingatkan diorang tersalah letak telor gred lain..su buat tak tau jelah.Masa su nak buat kek ..baru ternampak telur tu ada dua kuning kat dalam.kuning tu tak melekat antara satu sama lain.telur putih tak banyak..macam dalam sebiji telur biasa je.Tak taulah ini pertama kali su jumpa telur kembar..Kuasa Yang maha Esa.

Oklah..esok macam biasa pergi jalan2 habiskan duit.Aktiviti hari cuti..kalau ada cerita dan gambar menarik nanti su akan letakkan di fp ni..ok chow chin chow dulu
.[

>> okay juga ni...
>> kira ada juga updatenya...
Thu 7-Aug-2008 16:44
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
>> telur kembar ni pernah beberapa kali dapat dah...
>> orang kata kalau makan dapat anak kembar...
>> entahlah...
Thu 7-Aug-2008 18:06
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
menarik huhuhuhu Thu 13-Nov-2008 10:59
Posted by:shahridz  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.