Jom ikut su pergi jalan-jalan menghabiskan duit .Biasalah bila cuti hujung minggu mesti keluar beli barang-barang dapur dengan cik abang(alasan je tu..padahal yang banyak beli barang2 lain )Kali ni su nak cerita tentang hyatt plaza(dalam ada giant) dengan kedai indonesia..nama kedainya Jakarta.Sebelum pergi giant kitorang singgah kedai mainan dulu sebab nak beli hadiah untuk birthday anak jiran.
Sampai je kedai..along yang rambang mata...Nasib baik anak sorang.
Beli kereta lagi..esok tercabut lah tayar ni (mekaniklah katakan anak bujangku sorang ni)
Along nampak ni je dah tau nak sampai hyatt plaza.Dah simpan dalam otak dia
Dah sampai makan dulu Baru ada tenaga nak jalan2.Along ngan abah makan kfc..mama makan salad ngan roti je.
Ni dalam giant,sedang sale sekarang ni sempena musim summer.Merata-rata tempat sale...rambang mata wooo (sory gambar kabur sikit)
Barang2 kat qatar ni memang mahal.Kacang panjang tu je dalam RM35 sekilo...tapi jadi rebutan juga sebab jarang jumpa.Masa tengah merayau kawasan buah ternampaklah buah rambutan dalam 10 biji harganya 26 rial(dah hitam2 pun kulitnya..duit malaysia rasanya RM 30 kot),Manggis pun dalam 10 biji 22 rial.Terung kecil yang kat malaysia sebelah mata pun tak pandang sebab tumbuh merata-rata harganya 28 rial/RM32(mak su panggil terung belanda).Su pernah terjumpa durian sebiji harganya 48 rial/RM52...durian biasa je yang selonggok boleh dapat RM10 tu.Tapi kalau teringin beli jelah...nak buat cammana
Ini pula antara barang2 yang kitorang dah beli untuk family su dan abang..beli sikit2 nanti nak balik taklah kelam kabut sangat.
Malam tadi kitorang pergi ke Kedai indonesia(namanya Jakarta)Nilah antara barang2 yang kitorang beli
Asam keping ,indonesia panggil asam potong dan Tahu,indonesia tofu
Cincau dan juga Kicap(kan bagus kalau kicap malaysia jual kat sini)
Taucu,pulut hitam,asam jawa dan juga perencah pecal(teringin nak makan pecal..buat sendiri tak pandai )
Yang ini saja je nak tunjuk.Nampak tak kotak putih tu..terlebih je garisan kat lampu isyarat(ringkasnya langgar lampur isyarat)automatik kamera tu akan ambil gambar.Pastu dalam 24 jam lepastu dapat sms atau boleh semak kat laman web kerajaan qatar.Apalagi pastu pergilah bayar saman berjumlah 6 RIBU.Takde rayuan...lebih hadlaju 400 RATUS.sini undang2 jalanraya terlalu ketat..sorrylah rayuan takde.Yang 6 ribu tu dah ramai yang kena.SO...ADA BERANI???MAT REMPIT DATANGLAH QATAR
>> kira ada bakat jadi engineer bila besar nanti kalau kereta mainan jadi mangsa...
Sun 3-Aug-2008 17:37 Posted by:<< jeff >> - [Link]
harap2 masin mulut.dia memang suka sangat buat sesuatu yg pelik tambah2 kat kereta dia.cabut bumbunglah..kapal terbang buang sayap(dia kata bentuk tak lawa)buang pintu. ..bengang abah dia nak beli mainan .Paling lama 2 hari je bertahan mainan dia..tapi last2 beli gak
Sun 3-Aug-2008 18:57 Posted by:su sue_im15@yahoo.com - [Link]