Jom..jom..jom..jom kita pergi makan.Itulah yang paling sesuai dikatakan tentang family day syarikat suami su.Makanan banyak sangat sampai banyak yang tak habis...geram je tengok.Nak bungkus malulah pula sebab takde nampakpun orang yang tapau.Macam-macam pilihan makanan ada.pencuci mulut sahaja melebihi 5 jenis tapi tak taulah pula nama-namanya sebab tak pernah tengok lah pula sebelum ni.Gambar makanan takdelah untuk su tunjukkan sebab malu nak ambil kat tempat orang ramai macam tu.Family day ni diadakan di Sea Line Resort (tak jauh dari tempat su camping aritu) bermula dari 10 pagi sampai hampir 6 petang.Sampai-sampai je dah penuh makanan untuk sarapan.Macam-macam jenis kuih dan buah-buahan.Orang malaysia dua keluarga je..tu yang rasa tak best sikit.banyak juga aktiviti yang diorang buat terutamanya untuk kanak-kanak.Memang riuh rendah lah dengan bermacam bahasa pertuturan dan ragam.Mujurlah keluarga Malaysia yang satu lagi anaknya 5 orang..ada juga kawan anak su.Makan tengahhari dia sediakan awal tapi masa makannya yang lewat...perut punyalah berkeroncong.Sempat jugalah suami su naik unta pusing-pusing tepi pantai.Su? belum ada keberanian lagi.Nanti..nantilah kot.Dalam pukul 2 petang su dah balik.Tak tahan sebab cuaca panas sangat.Anak pun dah lesu semacam je.Cenderahati diorang bagi topi (ikut jumlah ahli keluarga) dan frame gambar digital.
Baru sampai.Sambil sarapan sempat tangkap gambar jap.Baru nak masuk pukul 10 pagi tapi cuaca...macam kena panggang rasanya.
Antara pemandangan di sekitar kawasan Family Day diadakan.Orang belum ramai yang datang kerana baru nak masuk jam 10 pagi.
Cik Abang berposing naik unta .Along dengan mama jadi pemerhati sebab kurang berani nak naik.Along dapat tangkap gambar duduk atas unta sebentar pun jadilah .
Antara aksi-aksi spontan dari Along.Masa ni dia dah letih semacam je.Tapi sempat lagi nak posing.
salam....k.jue kt al-khor...salamp'kenalan..klu rajin add la ymk.jue ID ju_rahim .
k.jue pun br sethn kt cni tp hubby da nak 2 thn dahh...hubby su kejer kat mana????