Want your
own Fotopage?





















 
kisah anak rantau

By: suhaili jamaluddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 27-Jul-2008 08:10 Email | Share | Bookmark
Jom pergi zoo

baru sampai
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kali ini su nak ceritakan tentang salah satu tempat tumpuan orang di sini iaitu zoo Qatar.Kitorang pergi Zoo masa nak masuk musim panas...kalau pergi sekarang maunya pengsan (macam kena panggang ler jawabnya).Saja bawa along pergi jalan-jalan,kesian dia sebab kat sini asyik berkurung dalam rumah je.Zoo ni dalam setengah jam dari rumah su.Nampak je pintu masuk Zoo , Alonglah orangnya yang paling teruja sangat nak masuk.Kitorang pergi dalam pukul 10 pagi,so memang best merayau sebab orang tak ramai lagi.Menarik juga zoo qatar ni walaupun binatang yang ada sama je macam yang ada di zoo negara.Yang paling su tertarik ialah kebersihan di sini.bersih sangat tempat-tempat ditempatkan haiwan.Lagi satu yang membezakan dengan zoo negara ialah bilangan binatangnya.kandang untuk sejenis binatang dibina besar bagi memuatkan banyak.Contohnya Zirafah ada dalam 10 ekor.Jarak diantara sesuatu jenis binatang juga jauh,satu kawasan khas untuk sejenis binatang.Burung-burung diletakkan jauh dari tempat binatang lain.Diletakkan betul-betul ditengah taman.Taman tu pula disediakan tempat untuh beriadah.Dalam Zoo juga disediakan tempat permainan kanak-kanak dan taman tema air.tapi masa su sampai takde orang lagi kat Taman tema air..takpelah lain kali datang lagi . Puas jugalah berjalan kat dalam tu sampai lenguh kaki ni rasanya.Disini su sertakan beberapa keping gambar kenangan kitorang masa pergi Zoo Qatar.











Ini muka orang sedang bersemangat nak masuk Zoo.Along memang suka 'posing' depan kamera














Binatang yang mula2 sekali kitorang jumpa.Pemalu sikit zirafah2 ni.




Yang di bawah ni sebahagian gambar binatang-binatang yang ada di Zoo Qatar











































































































Aksi orang yang dah penat berjalan.Puaslah juga pusing-pusing satu Zoo.Sedar-sedar dah azan Zohor.Berehat sebentar lepastu terus pergi parking...time balik dah sampai.Kami akan datang lagi tapi... tunggulah nak masuk musim sejuk nanti.



















Dalam perjalanan balik sempat singgah makan kat Hardees dulu.Makan time .Tengah makan pun sempat pandang kamera lagi.Along hantu roti.Habis satu set burger dia makan.Badan kurus macamtulah juga.


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.