Hari ni su nak cerita aktiviti yang kitorang buat masa nak masuk musim sejuk aritu.Kitorang (malaysia dan indonesia) camping di 'SeaLine' (kat tepi laut).Pada rancangan asalnya lepas sembahyang jumaat masing2 bertolak dari rumah,tapi ada yang terlambat sikit..dari rumah nak ke sealine ni mengambil masa 1 jam.Oleh kerana terlambat,sampai2 je kitorang terpaksa pasang satu khemah dulu khas untuk sembahyang asar.Lepas tu baru pasang khemah yang lain2.Hampir masuk waktu maghrib siaplah juga akhirnya 8 buah khemah terpasang.Oh ya lupa nak bagitau..kat sini kalau november memang musim orang berkhemah.masa tu baru nak bermula musim sejuk.kitorang buat khemah dalam bentuk bulatan.ditepi khemah diletakkan kenderaan..untuk keselamatan.Bukan apa,orang arab kalau malam dia gila sikit.selamba dia jer bawa atv laju2.
Makanan memang banyak sangat yang terhidang.Aktiviti malam kitorang mulakan aktiviti makan selain makanan yang dah siap dari rumah kitorang buat bbq.Bakar udang..ayam..sate dan ketam (tangkap sendiri malam sebelumnya).
Punyalah banyak makanan sampai ke pagi masih ada bakinya.Kitorang pasang unggun api pastu berjaga sampai pagi (konon2 nya taknak tido..last2 pukul 2 pagi senyap sunyi.masing2 membuta rupa-rupanya)
Pagi2 lepas je selesai mengemas kitorang terus pergi sandune main ATV .Sewa ATV yang kecil 170 rial sejam.Yang besar 200 rial.Duit rial lebih kurang je nilai duit RM. Mula2 naik..rasa macam nak tercabut jantung,nak nangis pun ada...tambah2 pula bila cik abang pandu naik padang pasir yang tinggi.yang tu ok lagi..yang takut giler bila dia nak turun dari padang pasir yang tinggi.apalagi..terjerit-jerit lah su.anak ngan abahnya tergelak-gelakje.tapi mula2 je..pastu macam best lah pulak.macam sekejap je rasanya sejam berlalu.Sesiapa yang datang sini..su cadangkan pergilah sandune naik atv.memang pengalaman yang amat menyeronokan. Selain tu kat sini musim sejuk kitorang suka gi crabing (tangkap ketam)tapi sorrylah sebab masa tangkap ketam terlupa bawa kamera..nanti musim sejuk akan datang su akan cuba ambil gambar2 menarik sewaktu kitorang crabing.