[size=18]Hari baru lembaran baru.Sudah lama berhajat nak buat fotopage sendiri tapi dek kerana wujudnya sikap malas maka itulah sebabnya asyik bertangguh je.Hari ni barulah berkobar-kobar semangat sebab takde kerja nak dilakukan.Biasalah hidup seorang surirumah sepenuh masa.Anak seorang je..itu yang banyak masa terluang.Sebut tentang anak,anak tersayang namanya danial izzad..satu-satunya buat masa ini buah hati pengarang jantung su dan suami.Sudah berumur 4 tahun.Pada masa sekarang su sekeluarga berada di perantauan.Biasalah ikut suami bekerja.Sudah hampir setahun kami sekeluarga berada di Qatar.Banyak jugalah pengalaman yang dapat diperolehi.Insyaalah kalau ada kesempatan su akan cerita serba sedikit mengenai negara qatar.[i]