Want your
own Fotopage?








 
kisah anak rantau

By: suhaili jamaluddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 1-Jun-2010 17:42 Email | Share | | Bookmark
PRODUCTION DAY - A SEA ADVENTURE

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...
Alhamdulillah sempat juga nak masukkan gambar Production day along baru2 ni(Rabu 26/5/2010).Maksu kat kampung dah banyak kali tanya nak tengok gambar along.Persembahan mula pukul 5 petang tapi pukul 4 mama dah pergi dengan acik Diana hantar Along untuk bersiap siap.Abah pergi lewat sikit sebab pukul 4 petang baru balik kerja...tapi sempat masa along buat persembahan abah dah datang cuma takde seat lah..terpaksa abah berdiri.Seronok tengok gelagat bebudak ni..along ngan geng2 kelas dia (CUBS) jadi pirate..diorang mula2 sekali buat persembahan.Yang tak tahannya masuk je pentas mata masing2 melilau cara mak ayah.Tengah buat persembahan boleh dengar bebudak ni sebut..'tu mak awak la..mak saya pun ada..daddy..'.ada yang siap tunjuk2 ngan tangan pulak tu .Kelas along ni ramai budak malaysia.Untuk production tahun ni temanya A SEA ADVENTURE.Diorang ada 5 kelas..CUBS (kls along) nyanyi lagu we are pirates..Puppies '10 little fishes'..Lambs 'The Turtles Went Swimming'..Kittens 'Sinking Sailor'..Ladybirds '5 Little Starfish' pastu ramai2 nyanyi lagu 'The Day I Went To Sea' .Syok tengok gelagat bebudak ni..mak ayah pun best..sepanjang buat persembahan sentiasa bagi moral support dengan sama2 tepuk tangan.Kat bawah ni adalah sikit gambar production Day along....layannnnn.Oh ya..kalau sesape perasan su jarang masukkan resepi sekarang..masakan su banyak masukkan di blog ..saja nak asingkan.



Sebelum buat persembahan..teacher ada bagi penerangan sikit2



Ni masa dah habis persembahan.Along(yg ada penutup mata tu..dia kata "along jadi kapten" )Gambar along ngan cikgu kelas dia..Mrs Allcock


Kelas lain buat persembahan..along duduk tepi tapi diorang nyanyi sama2 ngan budak yg buat persembahan



Kelas along sedang buat persembahan..bersungguh sungguh nyanyi











Gelagat budak2 buat persembahan..ada banyak lagi gambar..inipun cukuplah kan .Gambar blurr sikit sebab lampu dalam dewan ditutup..cuma lampu kat pentas je.Flash camera terkena cahaya lampu pentas..habislah gambar.Persembahan diorang diiringi muzik live oleh guru muzik.



Apalah yg teacher tengah cakap tu..


Masa ni dah nak balik.Muka pirate keletihan


Adam pun nak enterprem..gambar kat lobi sekolah masa along tengah tukar baju pirate kepada baju biasa.Nasib baik si kecik ni tak nangis..suka dia tengok persembahan kat pentas...

Ok maksu..tok..tokwan...puas hati ke dapat tengok gambar Along.Nanti kak masukkan lagi...rinduuuuu kampungggg....mmmuuuuahhhhhhh

salam sue..
wah bestnyer tengok alongkan..
tuler nak kata ramai cam muka budak malaysia jer..
ooo jadi pirate yerk.. okler tu..
sue rajinnyer blogpun der yerk....
Mon 21-Jun-2010 03:02
Posted by:cho zila  - [Link]
salam..
dah tak tak mai siniker??
Thu 2-Dec-2010 03:25
Posted by:cho zila  - [Link]
Tumpang iklan ye..TQ!
TM1 17thn di pasaran M'sia, 43thn di pasaran antarabangsa, 25 negara memasarkannya!
Dr.Lilybeth Bartolome-Ocampo, Filipina.
TM Membantu Ramai Pesakit Saya.

Saya seorang doctor perubatan tapi saya juga pesakit kanser payudara yang dapat bertahan hidup lebih 13tahun. Saya di dignose ‘Infiltrating Ductal Carcinoma, Satge II B’ payudara kiri (tahun 1999) ketika saya hamil di California, USA dan telah menjalani pembedahan mastec WHITE 4kali kimoterapi. Sekembali ke Filipina, saya diperkenalkan TM dan amalkannya 20titis sehari. Pada 2006 lagi satu ketulan tumbuh di kanan payudara tetapi keputusan ujian Hospital St.Luis menunjukkan prognosis yang baik. Ini adalah kerana amalan 20titis TM 3kali sehari. Saya amat bersyukur kerana ia juga melegakan sakit belakang saya akibat scoliosis.
Sebelum ini, saya dan rakan profesi hanya percaya dengan ubat. Tetapi dengan TM, saya dapat membantu ramai pesakit. Antaranya:
1.Pesakit wanita 79tahun serangan jantung dan koma selama 10hari. Bila diberi 10titis TM TM setiap hari melalui tiub naso-gastrik, tepat pada hari ketiga, pesakit itu bangun perlahan2 dan pulih.
2. Myoma sebesar 9cm, didapati hilang selepas 6bulan minum TM.
3.Anak muda mengidapi batu karang sebesar 5.6cm. Ketika kencing,batu karang keluar selepas minum TM selama 3hari.
4. Pesakit anemia berhenti melakukan ‘blood tranfusion’sejak minum TM mendapati bilangan platelet nya meningkat daripada 11,000 kepada 57,000 dengan bilangan haemoglobin dan sel darah merah yang normal.
5. Pesakit diabetes selama 12tahun yang bergantung kepada insulin telah mendapati tahap gula menjadi normal tanpa makan ubat lagi.

Abu Bakar Aziz, Ulu Kinta, Perak
Masalah : Sakit Sendi & Tumit
Produk : TM-1 & TM-3
Kehadiran TM-1 & TM-3 telah membantu menyelesaikan masalah penyakit saya yang sekian lama menghantui diri saya. Masalah sakit lutut dan sakit tumit sudah tiada lagi. Biasanya selepas sembahyang saya susah untuk berdiri kerana duduk terlalu lama. Ketika berjalan juga terasa sakit seperti di cucuk jarum. Saya makan TM-3 disertakan dengan TM-1. Selepas saya mengamalkan dalam masa seminggu saya dapati banyak perubahan. Tersaa sakit pada sendi kaki saya semakin beransur pulih. 2 bulan selepas mengamalkannya, saya rasa badan saya semakin pulih sepenuhnya. Saya amat berterima kasih dan syukur dengan adanya produk TM ini dapat membantu menyelesaikan masalah saya. Sehingga kini saya masih mengamalkan produk tersebut.
Banyak lagi testimony di :
http://kedairevell-online.blogspot.com/2011/10/tm1-trace-mineral-drops.html
Sat 18-Feb-2012 07:58
Posted by:TM1 TRACE MINERAL DROP  - [Link]
Add comment


Wednesday, 26-May-2010 06:23 Email | Share | | Bookmark
Mainan baru...

 
 
 
 
 
 
View all 11 photos...
Tengoklah gelagat adam dapat mainan baru..suka bukan main.Along jeles sebab takleh naik ..takpelah along kan dah ada basikal.Ni mama tangkap gambar candid masa baru beli..masa ni dia tak pandai apa2 lagi..tau main dan naik je..









*mulut comot sebab tengah makan nasi..gambar blurr sebab cahaya matahari memancar terang dari tingkap.

Ini pulak gambar harini..adam dah mula pandai.Tunggulah sehari dua lagi sah jahanam .Anak lelaki..samalah macam along sehari je beli mainan..esoknya adalah yg tak kena ngan mainan tu.Ada je yang nak 'dibaiki'.Adam..adam..apalah yang dipikirkan tu agaknya..













*Sila abaikan tuala tu sebab pagi2 rumah belum sempat kemas

Salam Sue, Bestnya Adam dapt permainan baru. Macam2 gaya dibuat pada mainannya.
Biasalah budak lelaki, semangat nak mengenali mainan tu sedang membuak....hehehe. Sebenarnya itu proses pembelajaran mereka. Lama dah tak tayang menu...
Mon 31-May-2010 03:50
Posted by:Yati  - [Link]
salam sue..
sedih bc keratan akhbartu .... memang menyayat hati betoiler... camner leh drivertu tak tengok2 kan... isyh kalau nak jaditu memang sekejapanjer.. harap2 takder ler perkara buruk berlaku kepada anak2 kitakan sue...
adam seronokler tu dapat mainan baru yerk?? ok lagi tak mainantu sue.. ker dah der yang tak kena ni...
Wed 2-Jun-2010 00:40
Posted by:cho zila  - [Link]
ank suhaili kira ok la lg... dpt jg la mainan tu b'mlm kt rmh dgn btk fizikal yg sempurna. ank2 sy, bru je beli ultraman 3, x sempat blik rmh, dlm kreta dh llingkup. bkn stkad jahanam je. msa mintak x ingat2. janji x rosakkan... bila dpt, kalah foreman. Fri 4-Jun-2010 06:51
Posted by:umi_lia
Add comment


Tuesday, 25-May-2010 06:00 Email | Share | | Bookmark
BERDEBAR HATI MAMA...

 
 
Musim2 panas ni kesian anak mama...merah pipi anak mama ni bila sampai je rumah.Adam pun dah pandai mengamuk kalau keluar rumah...dia rimas kot sebab panas.Angin kuat tapi angin panas.



Nampak sangat anak mama letih..tapi suruh posing..sempat lagi dia bagi senyuman



Kat malaysia penat seret beg penuh buku teks..along pulak seret beg swimming..Pasni bolehla along selamatkan mama kalau mama lemas..

Alhamdulillah bila nampak muka anak mama..tiap2 hari mama doa semoga selamat pergi dan balik.Baru2 ni ada tragedi yang menyayat hati di Qatar..Ya Allah jauhkanlah anakku dari musibah ini..





Quote:
Girl dies in bus tragedy



By MOBIN PANDIT & MOHAMMED IQBAL

DOHA: In a tragic incident, a four-year-old girl student of an Indian school died here yesterday, arguably due to heat and suffocation, after she was left locked for hours in a minivan she had boarded from her home in Al Wakra to go to school in Doha.

The girl, a student of junior kindergarten (KG-I), dozed off in the rear seat of the van, and while the other children got down at the DPS-Modern Indian School, she remained asleep and was not noticed by the driver.He drove the van back to Al Wakra and parked it near a petrol station, after “safely” locking its doors. This the driver did almost every weekday.

The van does not belong to the school but has been hired to ferry the KG students from Al Wakra. After school hours, the children are taken back home not by this van but a school bus.

Classes of the KG section of DPS-MIS get over at around 11.30am. When the mother of Sarah Gazdhar (pictured) went to pick her up as usual at around noon near where they stay in Al Wakra (Ezdan Village 4), she was told that her daughter had not gone to school.

Shocked, the mother called up the school and was told the same thing. She phoned her husband, Mohamed Talha Gazdhar, who also called up the school.

Alarmed, the school contacted the driver, a Pakistani national, on the phone and asked him to check his van, which he used to bring to DPS-MIS at 1.30pm to ferry children from other classes.

Eyewitness accounts suggest that the driver panicked and called for an ambulance and gathered some people from the vicinity as witnesses before opening the van.

The sun was scorching yesterday, with the maximum temperature reaching 41 degrees Celsius.

Eyewitnesses claimed when the van was opened the child had collapsed inside and had vomited all over the place. She was rushed to the accident and emergency unit of Hamad Medical Corporation in an ambulance.

It could not be known if she had died in the van or perished on the way to the hospital.

The driver has been taken into custody.

Asked for a comment, a shocked Gazdhar said the police should be contacted instead. Eyewitnesses claimed that Gazdhar, hailing from the western Indian state of Rajasthan, went to the Capital Police and arrived at DPS-MIS with cops after the school informed him his daughter had not come yesterday.

Based in Doha for the past few years, Gazdhar brought his family here barely two months ago.

The Gazdhars have a son, too, who studies in the fourth standard in the same school and the two children used to travel in the same van in the morning.

Yesterday, like every other day, he got down in the senior section of the school before his younger sister.

A DPS-MIS teacher travelled with the children in the van every weekday and used to wake Sarah up when the vehicle reached the school, but as luck would have it she had taken emergency medical leave yesterday.

When contacted for his comments, Indian embassy spokesman M R Qureshi said the mission had been informed of the “tragic” incident by the school management.

The issue of safety of children in Indian schools here was being looked into by the embassy, as also what safety measures needed to be taken by them in future, he added.

Attempts to contact the police for comment failed.

Meanwhile, DPS-MIS said on its website that the school will remain closed today to mourn Sarah’s death. The ongoing parent-teacher meetings have been postponed.

THE PENINSULA



Petikan dari suratkhabar di sini.Sekolah alongpun dah ketatkan kawalan keselamatan kebelakangan ni..balik dari sekolah penjaga mesti tunggu depan rumah..kalau takde..driver bas akan bawa anak ke sekolah semula.Pastu kenalah family pergi ambil di sekolah.Benda nak jadi sekejap je

Add comment


Thursday, 20-May-2010 06:42 Email | Share | | Bookmark
Macam macam si Adam ni...

 
 
 
View all 6 photos...
Jarang betul update Fp sekarang ni sebab tak berapa ada cerita menarik..minggu ni last abang busy..pasni bolehla merayap ..sukanyalah dalam hati ni.Ni saja je nak mengenterpremkan si kecik..makin aktif betul dia sekarang.Macam lipas kudung dia bergerak ke sana sini..tapi tulah dah setahun lebih ,takleh jalan lagi.Baru berdiri lepas tangan(sekejap jelah)..mungkin sebab badan berat kot..jadi susah nak imbang.Nak kena suruh adam diet ni .Mama kenalah tangguh dulu nak dapat adik..letih rasa melayan bebudak dua orang ni..tunggulah adam besar sikit kot...insyaallah.







Sekarang musim panas..kesian adam,terpaksa tengok pemandangan dari tingkap je.Takpelah janji dapat tengok juga dunia luar kan...



Ini yang paling sakit hati..penat betul nak vakum kalau adam tak tidur.Suka betul dia cabut plug..tak makan saman si adam ni..kita marah dia buat tak tahu je..


port paling dia suka..bawah meja komputer.kali ni dengan along join sekali.Adoiii bebudak ni..adam memang 'hantu' wayar sikit.H/P pun kena charge sorok2 dari dia.Nak jadi engineer kot anak mama ni..


Sedang menonton TV.Cube tengok badan..cammanalah nak boleh jalan.

*Makasih sape sudi masuk FP su walaupun lama x update.Insyaallah su akan terus kekal dengan FP ni walaupun kadang suka melompat ke Blog dan FB.

salam sue..
adam noti yerk.. tak per budak besar tu memang meng"explore" sikit,,'
kelakarler suka mencabut wayar.. anak akak dengar bunyi vakum hilang tah kemana dah...
adam kena diet kesian dia..
Thu 20-May-2010 08:11
Posted by:cho zila  - [Link]
biasalah tu sue, bdk tgh nk membesar..tapi kena hati2 la jgk sb bahaya tuh suka tarik wire takut shorting nnt...mtk2 la dijauhkan benda2 gitu...dun wori kita akan sentiasa ikuti perkembangan fp nie... Fri 21-May-2010 07:01
Posted by:mizwa  - [Link]
adam lom leh jln ye? alin alhamdulillah dah jalan dah sejak masuk setahun 2 bulan ritu... skrg ni asyik jalan jelah kejenya... tp alhamdulillah.. jarang benar dia jatuh atau tersungkur sebab dia jalan agak tertib tak kelam kabut mcm abgnya haziq masa mula2 belajar jln dulu.. agaknya lelaki ni lasak sket kot.. akak pun baru ada sorang anak lelaki.. so mmg nampak ada perbezaan anak lelaki ngan pompuan.. anak pompuan jalan beralus sket.. anak jntan ni kira nak cepat nak laju jer.. selalu tersungkur & terhantuk... kdg risau dibuatnya.. tp alin ni alhamdulillah.. mmg 'safe journey' sokmo tak perlu pantau Mon 24-May-2010 07:57
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Add comment


Saturday, 15-May-2010 04:43 Email | Share | | Bookmark
Kampungku-Al Khor Community

 
 
 
View all 12 photos...
Lama betul tak update sebab sekarang abang shutdown jadi takdelah kitorang kemana mana.Memerap dalam rumah jelah.Abang hari2 kerja dari pagi sampai malam..makin kurus dah dia.Gambar2 ni sebenarnya dah lama su ambil tapi belum ada kesempatan untuk masukkan.Gambar pokok kurma tak sempat ambil lagi..nanti su ambil.Sekarang kurma tengah berbuah..buahnya baru berwarna hijau.Inilah pemandangan sekitar tempat tinggal su sekeluarga sekarang.Gambar2 ni su cuma ambil dari dalam kereta je..harap2 oklah kot...sape rasa berminat,jom datang sini. .Makan,penginapan di tanggung..tiket bayar sendiri


Mercu tanda perkampungan kitorang.


Air terjun ni betul2 tepi pintu masuk..depan pondok security


Salah satu dari 2 masjid yang ada di dalam community..


Kedai gunting rambut..


Landskap di tepi jalan





tempat kediaman....





Landskap di tengah2 jalan(bulatan)



Antara sekolah yang ada didalam community..


Office al Khor Community


padang basketball..




seronok tgk "kampung" sue nie...lain betul persekitaran die...mmg xsampai le kita kesana jauh ngat...reka bentuk rumah die tgk mcm kilang ler..nnt pos la kurma sebakul 2 yer.. Mon 17-May-2010 04:43
Posted by:mizwa  - [Link]
salam...
wah banyak kampungmu sue.. seronokkan..
kalauler akak der duit yang banyak leh ler akak gi..
maalumler dah save makan ngan tempat tinggaltu...
pst: tuler akak tengok sue dah lama tak update ingatkan
dah macam kawan2 lain .... semua duk kat fb sekarangn...
Mon 17-May-2010 07:19
Posted by:cho zila  - [Link]
Add comment


Thursday, 22-Apr-2010 16:27 Email | Share | | Bookmark
UMRAH

 
 
 
View all 15 photos...


Hari ni su ambil juga sedikit masa untuk masukkan entry mengenai Umrah su sekeluarga baru2 ni.Itupun nasib baik malam tadi su dah masukkan dulu gambar2(sambil2 buat sambal nasi lemak dgn wajik)..hari ni masa untuk menaip jelah.Alhamdulillah sampai juga kami sekeluarga ke rumah Allah..Yang Maha Esa sahaja mengetahui betapa bersyukurnya kami diberi peluang.Insyaallah takde apa2 halangan kami akan sampai lagi.Tak puas rasanya di sana..masa berlalu sekejap je..sedar2 dah nak balik ke Qatar semula.Perjalanan Umrah kali ini kami mulakan dari Qatar terus ke Madinah dulu kerana perjalanan mengambil masa yang lama(24 jam dalam bas) jadi semua orang pasti letih terutamanya yang ada anak kecil dan bawa mak ayah.Hotel yang su tinggal(Golden Al Ansar)betul2 tepi Masjid Nabawi.Bilik su pula mengadap pintu masuk masjid..Ada satu perkara yang ingin su kongsikan bersama..kekuasaan yang Maha Esa.Hari ke 2 di Madinah paginya su period..Ya Allah masatu Dia sahaja yg mengetahui betapa kecewanya su sebab lusa akan bertolak ke Mekah.Akhirnya satu je yang su mampu buat..berdoa.su hanya minta dapat melengkapkan umrah(tawaf dan sa'ie)kalau selepas tu period nak keluar su redha.Pada abang su minta dia berdoa sama terutamanya di Raudah.Alhamdulillah kuasa Yang Maha Esa..malamnya period su hilang terus..esoknya diizinkanNya su dapat berjemaah di Masjid Nabawi dan dapat solat sunat di Raudah dan mengunjungi Makam Rasulullah.Sampai je di mekah kami terus pergi mengerjakan Umrah dan Sa'ie(12 malam hingga 3 pagi)Selesai je sembahyang subuh...period su terus keluar semula.Subhanallah kuasa Yang Maha Esa.Benar kata orang..di tanah suci insyaallah doa kita mudah didengarNya


Gambar Masjid Nabawi Yang diambil dari tingkap bilik Hotel.


Bergambar depan Masjid Nabawi..ish..ish..ish..tembamnyalah..bila muka ni nak mengurus sikit


Along dengan Safuan dan Iman



Gambar2 di sekitar Madinah



Gambar dalam perjalanan dengan bas



Gambar2 di Mekah

salam sue..
bertuah sue diberikan peluang yang indah dan bermakna ini..
anak2 sue lagiler kecik2 lagi dah merasakan.. syukur Alhamdulillah..
nasib diaorang lasak gak kan.. perjalanan dalam bas 24 jamtu.. mesti memenatkan...
Mon 26-Apr-2010 01:55
Posted by:cho zila  - [Link]
td dah taip pjg2 tp hilang lak takpelah
subhanalah memang kekuasaannya tiada tandingn hati kak ida ni lagi terasa ingin kesana bila dengar cerita sue ni
Tue 27-Apr-2010 02:27
Posted by:IeDa MaRLidA  - [Link]
Salam Sue, seronoknya akak dengar cerita umrah Sue. Rasa sayu pula melihat gambar2 Sue dan rasa teringin ke sana lagi. Macamana ya Sue uruskan anak2 bila buat umrah. Ada yang jaga ke? Wed 12-May-2010 08:20
Posted by:yati  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 22-Apr-2010 12:57 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Adam & anniversary




Sekejap je masa berlalu.19 April genap 7 tahun usia perkahwinan su.Pejam celik dah 7 tahun..macam tak percaya pun ada.Teringat hari kitorang dinikahkan..19 april 2003 su nikah pastu 20 april su balik putrajaya sebab nak jimat cuti..Ialah masatu su baru 4 bulan kerja dengan Kerajaan(JPA) manalah ada cuti sangat..itupun atas budi bicara pengarah.Seminggu lepas nikah baru kenduri kahwin.Sampai Putrajaya..teruk kena perli dengan kawan2..mana taknya semalam nikah harini dah ada kat tempat kerja dengan inai penuh ditangan(Suamipun jumpa masa akad nikah je..petang dia balik kuantan,su bertolak balik Putrajaya)Macam kelakar la pulak bila diingat ingatkan.Su buat muka selamba jelah..lantaklah korang nak kata apapun . Seminggu lepas akad nikah baru kenduri kahwin diadakan kat kampung su.Terkejut juga masa kenduri sebab kawan2 pejabat dari Putrajaya datang satu bas(bas JPA) dan beberapa biji kereta.Kelam kabut tuan rumah nampak tetamu ramai tetiba..kebetulan datang pula bertembung rombongan pengantin lelaki.Kawan2 abang pun mengejut datang dalam 13 kereta.Tukang masak cemas terus.. .Boleh tersenyum sendiri bila diingat ingatkan kisah lama ni .





Birthday adam ngan anniversary sambut sekali je.Anniversary 19/4, harijadi adam 20/4.Itulah ingatkan boleh adam tu lahir sama tarikh anniversary..tapi nak buat cammna dia tak nak keluar .Sakit dari 18/4 lagi..darah pun dah banyak keluar(ketuban darah)sakit Tuhan je yg tahu..19/4 pukul 10 malam su pergi untuk check up..last2 pukul 11 malam doktor suruh masuk wad.Pukul 12 dah mula sakit..dalam 3 pagi masuk bilik bersalin.2 jam pastu keluarlah manusia bernama Adam Zakwan..Syukur kepada Tuhan.Dah genap setahun umur Adam..mama rasa macam baru je push..push..dah besar rupa rupanya anak mama.Adik adam????rasanya biarlah setahun dua lagi.Letih tak hilang lagi lagipun kesian adam kecil lagi .Panjang pulak membebel kali ni..oklah sambung next entry...



Quote:


KEK STRAWBERRY
Sumber : Mat Gebu Blog copy dari Kak Madiha

Bahan:-
5 biji telor gred A
135 gm tepung gandum ) diayak bersama
1 camt. baking powder ) sebanyak 3x
75 ml minyak jagung/sayur
160 gm gula halus
15 gm ovalette
2 camb. susu segar
1 camt. strawberry emulco/paste

Bahan Lain:-
Krim putar (whipping cream) secukupnya.
Strawberry Filling
Chocolate Curls
Strawberry segar secukupnya
Chocolate rice secukupnya

Cara Membuat:-
1. Panaskan oven 175C dan lenser loyang dengan butter dan alas dengan baking sheet
2. Tuang gula halus dan ovalette dalam mixing bowl, putar biar sekata dan mesra.
3. Masukkan kesemua 5 biji telor dan putar pada kelajuan tinggi hingga benar2 kembang dan kental seperti adunan bauhulu.
4. Masukkan strawberry emulco dan putar sebati.
5. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit-sedikit.
6. Tuang susu segar dan putar rata.
7. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
8. Tuang dalam tin dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan serta-merta dari oven dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik.
9. Bila kek telah sejuk, keluarkan tin. Potong kek kepada 3 bahagian. (su potong 2 je)
10. Letak 1 keping (bahagian bawah kek) atas papan kek dan sapu dengan krim putar dan letak strawberry filling. Tindihkan pula dengan satu keping lagi (bahagian tengah) dan ulangi proses sama. 11. Akhir sekali letak bahagian atas ke atas kek tadi. Hias keseluruhan dengan whipping cream, chocolate curls, buah strawberi dan chocolate rice mengikut kreativiti masing-masing.



CHICKEN GOLDEN BLEU / CHICKEN CORDON BLEU (resepi ini cukup utk 4 orang)
Sumber : Kak Amal copy dari kak madiha

Bahan2 Untuk Ayam
2 ketul dada ayam (su buat 3 sebab ayam sini kecil2 )
2 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram (su ganti dengan sos BBQ)
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry

Sos perang / Sos cendawan secukupnya (lihat resepi di bawah)

Side Dishes Tambahan yg Lain
1 tin kacang panggang
Salad atau boleh jugak buat coleslaw
Side dish berasaskan kentang spt mashed potato/curly fries/ french fries (MaDiHaA guna hash brown)

Cara2 Menyediakannya

1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram/bbq pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.
6. Sediakan pula sosnya. Su guna resepi sos yg biasa su buat sebab dah jadi peberet family....minta maaf ye tuan punya resepi sebab ubah2 pula resepi...
7. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2

SOS LADA HITAM (sumber-acik yarn myresepi)

Bahan-bahan
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby) -su tak isi sebab bila sejuk sos ni pekat

Cara-cara
1.Cairkan butter dengan api kecil.
2.Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6.Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. 7.Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak. 10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.


Sambut anak beranak je..su buat strawberry kek..sedap tapi tak pandai hias(pertama kali buat kek birthday anak ) dan chicken cordon Bleu (licin..abang kata besttt..).Dua2 dari FP Kak madiha tapi mushrom sos tu guna resepi sendiri dan ayamnya su tak perap dengan sos tiram su ganti dengan sos BBQ/sos lada hitam.

Add comment


Sunday, 28-Mar-2010 12:44 Email | Share | | Bookmark
2 Hari je...

Sebenarnya takde kena mengena pun gambar dengan tajuk kat atas tu .Adam kena chicken pox la pulak..harap2 sempat sembuh sebelum pergi umrah.Su pergi umrah hari Rabu ni..tapi sempat lagi masukkan entry.Takde apa sangat cuma macam biasalah ..hujung2 minggu ni masukkan gambar2 masakan sepanjang minggu.Masak biasa2 jerr janji kenyang .Epek2 tu pemberian kawan su dari indonesia.Lebih kurang macam keropok lekor je tapi diorang guna ikan tenggiri.Layanjelah gambar2 ni..





* Tima kasih sesape yang sudi melawat fp su yang tak seberapanya ni..sekadar coretan harian hidup di negara orang.


Quote:
*Ini untuk kak yati ye..resepi slice cheesecake ni su ambil dari resepidiana.Bahan2nya mudah dan sikit,kebetulan nak habiskan slice cheese yang melambak kat rumah..tak muak sangat dan along kata sedapppp .Su copy je dari Blog resepidiana...

SLICE CHEESECAKE
Sumber: MD (FRD)

Bahan-bahannya
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya
1. Cara-cara potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
5. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

re: sue... resepi tu amik je... akak halalkan.. lagipun bukan akak punya resepi.. kawan2 punya juga.. akak sekadar berkongsi.. tahniah!! hepi anniversary utk sue & happy besday buat adam... sory sue akak terkejar2 ni nak balik dah ni.. opis nak tutup..
FB cari ratna husna ismail tp akak jarang online
Mon 19-Apr-2010 09:28
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
taniah happy anniversary dan utk adam happy birthday to you moga menjadi anak yg soleh
insyaallah rezeki ada di mana2
Tue 20-Apr-2010 03:12
Posted by:IeDa MaRLidA  - [Link]
fb guna email idamarlida@yahoo.com
selamat menunaikan umrah
Tue 20-Apr-2010 03:13
Posted by:IeDa MaRLidA  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Wednesday, 24-Mar-2010 05:48 Email | Share | | Bookmark
RONDA RONDA HUJUNG MINGGU...

Cuaca kat qatar dah nak berubah ke musim panas tapi angin masih kuat lagi..pagi2 hantar along tunggu bas masih kena pakai 2 lapis baju..kalau tak menggigil juga rasanya.Alhamdulillah along dah sembuh cuma adam jer kadang2 badan panas sikit.Sabtu baru ni sempatlah bawa anak2 jalan2 sambil2 beli barang2 untuk umrah.Insyaallah su akan pergi Umrah hari Rabu minggu depan.Pukul 7 pagi kitorang dah bertolak pergi doha...sampai doha jer terus pergi souq waqif .Senang sikit membeli kat sini sebab macam2 ada..cuma poket jelah menipis sikit nanti




Selesai je membeli di Souq kitorang terus pergi City Center.Mula2 sampai jer terus cari tempat sarapan.Kitorang belasah makan Mc Donald jer sebab yang lain banyak belum buka lagi.Dah sarapan baru ada tenaga nak jalan2 .Macam biasalah kalau sampai city center anak2 dan mama senang hati..abah pening kepala sebab dompet makin nipis
.Kali ni banyak gambar along je..kejap2 suruh ambil gambar dia (guna hphone jer).Mama pun layan jelah..banyak kedai kitorang merayap sampai tertidur si tembam sebab letih sangat.Sambil merayap tu..mulut adam asyik mengunyah jer..dia makan nugget MCDonald.Macam mana tak tembam..asyik makan je keja budak kecik ni



Macam biasalah kalau sampai je City Center mesti masuk Carrefour..Penuh satu troli.Yang dalam plastik tu barang2 untuk seminggu je .Barang dapur sikit tapi..barang2 sampingan yang banyaknya





Selepas banyak berjalan..perut pun lapar semula.Kali ni kitorang makan pizza(peberet along ni )Habis makan terus balik al khor.Dalam perjalanan ada juga su ambil gambar termasuk suasana dalam community..next entrylah su masukkan sebab dah panjang ni...

Salam perkenalan Su. Bestnya duduk kat tempat orangkan lebih2 lagi negara Islam. Nak makan MC Donald boleh nak
makan pizza pun boleh. Taklah rindu sangat kat M'siakan. Lagi best boleh gi buat umrah. Selamat melakukan ibadah umrah buat Su sekeluarga.
Thu 25-Mar-2010 04:09
Posted by:yati  - [Link]
semoga dipermudahkan urusan sue nak gi umrah tu yer.. syoknyer.. anak2 pun ikut sekali... bertuah anak2 sue.. kecik2 dah boleh ikut mak ayah gi umrah.. pada yg tak mampu mcm akak ni.. usah kata anak2.. mak & ayah pun tak mampu lg nak pegi.. hehee...

byk betul eksperimen masak2 sue......... terliur akak tengok kannn
Fri 26-Mar-2010 06:09
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
salam..
dah pergi gamaknyer sue buat umrah..
semoga selamat segalanya.. seronoknyer..
mintakler akak pun dapat gak nanti..
seronok gak duk sana yerk mcm2 der..
Fri 26-Mar-2010 07:01
Posted by:cho zila  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 19-Mar-2010 07:48 Email | Share | | Bookmark
menu sepanjang minggu....

Lewat sikit masuk entry.Tunggu anak2 masuk tidur dulu..abah pulak pergi main bola so mama kat rumah boleh ler rilek kejap.Takdelah cerita menarik sangat cuma nak buat tayangan amal menu2 kitorang sepanjang minggu ni..tapi tak semualah yang su masukkan kat entry ni.Jamu mata jelah ye..resepi su ambil dari merata rata dan juga resepi dari mak.

menu hari ni..ringkas je kan .




Yang last tulis menu malas tu hari mood kurenggg sikit.Angkat ganggang telefon pastu call 4320320..40 minit kemudian ,,ting tong bell bunyi.Buka pintu..hulur duit pastu terus makan.Senangkan (duit je melayang)



Yang ini nak bagi nama pun tak tahu..main suka hati campak jerr



Resepi kat bawah ni pula pertama kali su cuba.Rasanya kurang kena dengan selera su sekeluarga sikit kecuali adam..lajujer si tembam tu makan.Lain kali soto kena buat macam biasa jer..takyah isi santan.Bukan apa..bagi su bila isi santan jadi rasa macam muak/jemu sikit.Itu terpulang pada selera masing2 lah kan...



Oklah habis cerita hari ni..

salam sue..byk nyer menu seminggu yea..kita nie lau hari2 masak ada masa nye mmg malas jdknye...tapi masalah nye sy nie dh hari2 malas huhuhuhu....along mcm mn dah baik sepenuhnye ker... Sat 20-Mar-2010 00:43
Posted by:mizwa  - [Link]
waaaaa bnyaknyerrr mknannnnnn,,,laporrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
nakkkkkkkkkkk ckettttttttttttt
Tue 23-Mar-2010 07:03
Posted by:lan  - [Link]

wedding photography
http://anaroza.net/blog
Thu 25-Mar-2010 03:54
Posted by:anaroza
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com